Akhirnya ikrar Khairy mahu susahkan anti vaksin memakan diri
Individu yang belum lengkap vaksinasi atau tidak menerima vaksinasi langsung mesti menjalani kuarantin selama lima hari selepas tiba di negara ini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan berkata, selepas keluar daripada kuarantin, individu tersebut mesti mengikut syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
“Sebagai contoh, tidak boleh ‘dine-in’ di restoran kerana tidak menerima vaksinasi lengkap,” katanya seperti dilaporkan portal FMT.
Dalam pada itu jelasnya, jika seseorang sedang menjalani kuarantin sebelum 1 April, perintah kuarantin individu tersebut akan tamat pada 1hb April.
“Sebagai contoh, jika seseorang individu mula menjalani kuarantin pada 29 Mac, kuarantin tersebut akan tamat pada 1 April 2022,” kata Khairy.