Akibat kerinduan bersolat jemaah, ratusan warga asing hadir bersolat raya di Pulau Pinang

Akibat kerinduan bersolat jemaah, ratusan warga asing hadir bersolat raya di Pulau Pinang

Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zai memohon maaf kepada rakyat negeri itu atas kegagalan mengesan ratusan warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di perkarangan sebuah surau di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang.

Beliau menganggarkan kira-kira 200 warga asing berkumpul di luar surau itu untuk menunaikan solat dalam satu rakaman video yang tular.

“Dalam konteks hari ini, saya selaku Ketua Polis Pulau Pinang memohon maaf atas kegagalan kami mengesan perkara ini lebih awal.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan dengan meminta semua pengerusi surau dan masjid, sekiranya ada lagi yang enggan mematuhi SOP, terutamanya dalam tiga hari ini, iaitu hari tasyrik, sila hubungi polis,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sumber – FMT