“Aku pelik kakak ipar suka susukan anak depan bakal suami, seminggu kemudian aku nekad check sendiri telefon dia, tak sangka rupanya…”

“Aku pelik kakak ipar suka susukan anak depan bakal suami, seminggu kemudian aku nekad check sendiri telefon dia, tak sangka rupanya…”

 

Bicara tentang perselingkuhan, terkadang seseorang wanita itu dikhianati oleh orang terdekat termasuklah keluarga sendiri.

Di TikTok, gadis bernama Ayu Devi mendedahkan kisah pilu saat mendapati kakak iparnya menjalin hubungan ‘pelik’ dengan bakal suaminya sendiri.

ayu

Kakak ipar sengaja susukan anak di ruang tamu bila bakal suami Ayu datang rumah

Awal cerita, Ayu berkata teman lelakinya sering datang melepak di rumah dan kakak iparnya akan melayan tetamu seperti biasa.

Namun anehnya, wanita itu akan keluar untuk menyusukan anaknya tanpa berselindung meskipun bahagian dadanya terdedah.

Walaupun pernah ditegur ibu mentua, nasihat itu ibarat mencurah air ke daun keladi.

Padahal jika tiada tetamu lelaki, dia akan duduk susukan anak dalam bilik sahaja.

Ayu dengar bunyi katil bergoyang dalam pita rakaman yang ditinggal dalam laci

Selaku bakal isteri, sudah pasti Ayu amat terganggu dan merasakan kakak ipar seperti mahu menggoda bakal suaminya.

Satu hari, keluarga Ayu pergi ke pasar dan hanya tinggal bakal suami bersama kakak iparnya di rumah.

Sebelum keluar, Ayu yang mempunyai firasat buruk sempat tinggalkan alat perakam suara dalam laci rumahnya.

Setelah 30 minit, dia tiba di rumah lalu segera memainkan rakaman tadi.

Kurang jelas kerana ada bunyi bising motosikal di jalan, namun yang pasti, Ayu mendengar bunyi katil bergoyang.

Saat ditanyakan, teman lelakinya berkata cuma duduk baring di sofa sepanjang Ayu keluar tadi.

Kakak ipar mengucap & bersumpah tiada apa-apa hubungan

Bermula November 2022, mereka terpaksa PJJ kerana lelaki itu perlu belayar kerja di laut.

Walaupun sudah lama berlalu, Ayu kerap menanyakan isu bunyi katil tapi lelaki itu terus menafikan.

April 2023, Ayu kebetulan duduk dekat dengan telefon bimbit kakak iparnya.

Mungkin Tuhan mahu tunjukkan kebenaran, Ayu ternampak notifikasi WhatsApp yang dihantar oleh bakal suaminya.

Kedua-duanya tidak mengaku punyai hubungan, bahkan kakak ipar Ayu berani bersumpah atas nama Tuhan bahawa semua itu cumalah salah faham.

Bakal suami save nombor kakak ipar Ayu dengan nama ‘Lotus’

Seminggu kemudian, Ayu nekad memeriksa sendiri telefon bakal suami.

Siapa sangka, kali ini dia dikejutkan dengan realiti yang lebih merobek jiwa.

Rupanya, lelaki itu dan kakak iparnya memang tidak berselingkuh.

Namun mereka kerap berurusan bagi transaksi pembelian video 18+ di mana kakak iparnya akan merakam ‘hubungan badan’ dengan suami (abang Ayu).

Kemudian, content itu akan dijual kepada lelaki itu sebagai bahan memuaskan nafsu sepanjang belayar di lautan.

@adnyanigusti

sampai sekarang pun wanita itu masih mengejar ngejar milikku, bukan milikku saja dikejar, tetapi suami” kakak perempuan ku pun ikut pula dia goda”.memang perempuan sejenis ini tabiatnya sdh dari lingkungan masa dia tumbuh besar. hitam pekat kehidupan kakak lelakiku dibuat oleh nya.

♬ Khanti (Original Soundtrack from Bidadari Bermata Bening) – Rossa

@adnyanigusti

Membalas @mpokyeyen1111tidak kuat bercerita terlalu banyak, terimakasih untuk semua yg sudah support🥰, dan semoga sehat selalu buat yang bilang cerita ini adalah karangan 😇

♬ Pembeda – Dwitya Maharani