“Aku sudah tawar hati selepas tau dia tak sentuh aku sebab masih nak kan perempuan tu, aku ‘disentuh’ sambil aku menangis, selepas itu, setahun boleh kira dengan jari berapa kali suami menyentuh aku”

“Aku sudah tawar hati selepas tau dia tak sentuh aku sebab masih nak kan perempuan tu, aku ‘disentuh’ sambil aku menangis, selepas itu, setahun boleh kira dengan jari berapa kali suami menyentuh aku”

 

Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Fifi, berusia 29 tahun dan dah berkahwin 6 tahun. Aku tidak tahu bagaimana nak mulakan cerita ni. Sebelum berkahwin, aku dan suami (aku geIarkan S) bercinta 5 tahun.

Sebelum bertunang, S kant0i ada perempuan lain selepas kerap kali outstation. Aku memutvskan hubungan dan menukar nombor telefon. Tapi S berusaha untuk pujuk aku kembali, S mencari aku di tempat kerja, dia berjanji untuk berubah.

Aku meletakkan syarat supaya kami bertunang dan bernikah dalam masa terdekat. S menunaikan janji meminangku dan bernikah selepas 2 bulan bertunang. 5 hari sebelum bernikah, S meluahkan rasa dia berubah hati dan tak dapat lupakan perempuan tu dan bercadang membatalkan pernikahan kami.

Aku ambil pendekatan untuk tetap tenang dan mencadangkan supaya kami bernikah dan bercerai selepas itu kerana memikirkan persiapan semua 99% dah selesai dan juga memikirkan keadaan mak aku yang tengah sakit selepas diserang str0ke akibat darah tinggi. S bersetuju.

Seminggu selepas nikah aku meluahkan hal penceraian tetapi S bersungguh – sungguh memujuk aku supaya lupakan untuk bercerai kerana dia dah pilih aku untuk dijadikan isteri. Dipendekkan cerita, setahun lebih bernikah aku masih dara.

Rupa – rupanya S tak sentuh aku sebagai bukti kepada perempuan tu yang S masih sayangkan dia. Perempuan tu tahu kami sudah berkahwin dan S membuktikan dia terpaksa kahwin dengan aku dengan tidak menyentuh aku.

Selepas kantoi perkara tu, aku jadi hilang arah. Aku sakitkan diri aku, aku pukuI diri aku. Aku ambil cuti seminggu dengan menipu boss aku keguguran. S bawak aku bercuti dalam keadaan terpaksa. S juga menyentuh aku tanpa kerelaan hati.

Aku sudah tawar hati selepas tau dia tak sentuh aku sebab masih nak kan perempuan tu. Aku ‘disentuh’ sambil aku menangis. Selepas tu, setahun boleh kira dengan jari berapa kali S menyentuh aku. Setahun selepas kejadian tersebut (fasa bahagia aku),

S kant0i lagi dengan perempuan lain. Kali ni aku tangkap dia berwhatsapp dengan seorang perempuan, mereka berkongsi gambar tak senonoh masing – masing. Aku larikan diri dan bermalam di hotel 3 hari. Tapi masih berhubung dengan S.

Aku mintak izin untuk menenangkan diri. Dan ianya berakhir apabila aku menyuruh S call perempuan tu depan aku. Mengaku dia beristeri dan stop berhubung. Selesai bab tu. Kemudian, juga setahun aku baru nak bahagia dan pulih dari kemurungan dan anx1ety, S perlu ke outstation luar negeri selama 3 minggu.

Masa tu aku ok dan biarkan dia pergi tanpa langsung rasa syak wasangka kerana dia dah berubah dan menjalankan tanggungjawab batin dia seperti biasa. Ada jugak hari yang S booking flight untuk aku ke tempat dia outstation.

Ceritanya bermula selepas dia balik dari outstation, seminggu selepas tu dia outstation semula di tempat yang sama. Sehari sebelum dia pergi, aku meminjam telefon S sebab nak call mak aku (handphone aku pakai kredit, S guna bill).

Tergerak hati aku nak bukak whatsapp S. Rupanya naluri aku betul, S kantoi bercinta dengan staff hotel yang dia menginap masa dia outstation dulu. Dan mereka dah pernah keluar sekali. Outstation kali ke-2 mereka dah rancang untuk jumpa lagi tapi kant0i dengan aku.

Aku meng4muk. Aku suruh dia lepaskan aku. Aku dah tak tahan diani4ya. Sedangkan semua tanggungjwab aku laksanakan. Dari makan, pakai, tempat tidur, nafkah batin semua aku tunaikan. Hari tu S menangis tengok aku meng4muk dan suruh dia lepaskan aku.

S bersungguh sungguh menangis dan peIuk civm kaki aku. On the sp0t aku suruh S call perempuan tu untuk berterus terang dia dah kahwin. S buat apa yang aku suruh. Kemurungan aku datang semula. Malah makin teruk hari – hari aku menangis, tak dapat tidur dan kurang selera makan.

Aku ingatkan pend3ritaan aku sampai di situ, rupanya tak. Senangnya S berlakon dengan airmata buat aku percayakan dia. 2 minggu selepas tu, S perlu outstation (tentang outstation dia betul, cuma dia akan pergi awal untuk jumpa perempuan tu).

Naluri aku kuat untuk hack whatsapp S tanpa pengetahuan dia. Pagi tu sebelum bertolak kami sempat berpeIukan dan aku menangis dipeIukan dia sambil bercakap aku tak kuat jangan khianati aku lagi. Dia mengiyakan dan berlalu pergi.

Sungguh gerak hati aku tepat, aku cek whatsapp S yang aku hack. Ya allah, S dalam perjalanan jumpa perempuan tu. Mereka berwhatsapp plan keluar ke mana. Entah apa yang merasuki aku, aku pecahkan almari, tingkap rumah semua.

Aku ambil gambar keadaan aku yang tengah berdarah dan hantar ke S dengan mesej ‘Allah nak tunjuk sekejap je, ni yang kau pilih. Terima kasih sangat – sangat’ beserta gambar screensh0t whatsapp mereka. Aku terus hidupkan enjin kereta untuk ke hospitaI.

S berulang kali whatsapp dan call aku. Aku diam tanpa kata. Sampai di hospitaI aku dimasukkan ke zon kuning, masa tu aku diam seribu bahasa. Selepas doktor datang untuk cek aku dan bertanya apa yang terjadi. Aku terus menangis sekuat hati aku.

Aku meluahkan apa yang berlaku. Selepas sejam lebih di hospitaI, S sampai memeIuk aku dan meminta maaf. (aku tak pasti macam mana dia tahu aku kat situ) Aku masih diam tanpa berkata apa – apa. Selepas rawatan selesai aku terus di rujuk ke KIinik Ps1kiatri hospitaI tersebut.

Suami aku juga diberi kaunseIing (atas permintaan aku) tetapi berasingan. Aku diberi ubat ps1kiatri 2 jenis dan dibenarkan pulang. S ambil cuti 2 minggu menjaga aku. Sebulan telah berlalu, aku masih kemurungan dan perlu makan ubat.

S hari – hari akan mintak maaf dan peIuk civm aku. Aku masih tak “move on”. Hampir setiap hari aku mengalami anx1ety, berpeluh, jantung berdegup laju, tangan kaki menggigiI dan terasa lemah. Hari – hari aku hanya terbaring kaku tanpa buat apa – apa.

Seminggu pertama selepas kejadian, aku tak dapat menguruskan diri aku dengan sempurna. Aku masih menangis hari – hari mengenangkan apa salah aku. Kenapa aku diperlakukan begini. Kenapa dia tak lepaskan aku kalau dia tak suka pada aku.

Kenapa perlu simpan aku sedangkan dia seringkali curang dengan aku. Aku bukan seperti aku yang dulu. Aku seorang yang happy go lucky, di sekolah aku lah ketua pengawas, ketua kawad. Di kampung, aku terkenal sebab sikap ramah dan baik aku dengan semua orang.

Saud4ra mara aku kenal aku dengan sikap periang, dan bila aku tak balik kampung mereka akan call cakap tanpa aku tak meriah rumah. Pernah 1 hari aku tersentak dengan soalan pakcik aku. Dia datang ke rumah terus ke dapur tempat aku berada, dia bercakap ‘Ada masalah apa – apa ke Fifi? Kenapa muka Fifi lain. Pakcik pelik kalau Fifi balik tapi rumah sunyi. Dulu pakcik sampai kt luar pun dah dengar suara Fifi dari dalam. Fifi sihat ke?’

Allah.. tersent4k aku. Pakcik aku pun sedar ‘kehilangan’ diri aku yang sebenar. Ibu, ayah, adik – adik, pakcik – pakcik, makcik – makcik. Maafkan Fifi.. Fifi dah tak macam dulu. Fifi sakit, Fifi perlu makan ubat. Fifi takut jumpa orang, berat Fifi dah turun 7 kilo, Fifi terperap di rumah hari – hari. Fifi menangis. Fifi sayang S. Kalau S tak sayang Fifi, Fifi rela diceraikan. Fifi tak mintak semua ni.. Fifi tak kuat.

Macam mana Fifi nak mintak tolong sedangkan sekelumit kuman pun Fifi tak pernah share apa – apa masalah Fifi dengan orang. Fifi tanggung semuanya sendiri. Fifi tak nak menyusahkan semua. Fifi yang pilih S. Allah pilih Fifi untuk lalui semua ni.

Doakan Fifi dari jauh. Doakan semangat Fifi pulih. Doakan S berubah ke arah lebih baik. Sebab Fifi dah tak kuat, Fifi sekarang seperti tebing sungai yang menanti masa untuk runtuh dan hanyut. Fifi takut. Fifi takut kesabaran Fifi diuji lagi.

Fifi takut Fifi mengakhirkan nyawa Fifi di tangan sendiri. Tolong Fifi. Fifi tak larat. Fifi tak kuat. Kepada perempuan di luar sana, aku tak salahkan korang kalau korang bercinta tanpa tahu laki tu suami orang. Tapi bila korang tau tapi masih meneruskan hubungan, korang memang nak menjatuhkan kaum korang sendiri.

Mintak semangat semua. Saya dalam fasa kemurungan yang teruk, perlu ambil ubat dan jumpa doktor. Saya bukan diri saya sekarang. Dengarlah luahan aku Ya Allah insan terani4ya. Aku lemah. – Fifi Natasha (Bukan nama sebenar)