Ali Puteh minta jiran yang kononnya jiran tampilkan bukti jelas, “Buktikan betul atau tidak saya berada di rumah”

Ali Puteh minta jiran yang kononnya jiran tampilkan bukti jelas, “Buktikan betul atau tidak saya berada di rumah”

 

Pelawak Ali Puteh menafikan dakwaan dia berada di rumah abangnya, Allahyarham Abam Bocey ketika balu arwah iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali datang ke kediaman tersebut pada Jumaat lalu.

Memetik laporan Astro Gempak, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menyifatkan dakwaan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

Ali berkata, dia meminta individu yang membuat dakwaan berkenaan supaya tampil mengemukakan bukti kukuh sekiranya benar atau tidak dirinya berada di rumah sewaktu kejadian.

“Fitnah makin besar dan makin besar sekarang. Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah,” kata pelawak berusia 34 tahun itu.

Pada masa sama, Ali turut menjelaskan bahawa dia tidak menetap di rumah tersebut kerana difahamkan adiknya yang tinggal di situ buat sementara waktu sehingga kes tuntutan faraid selesai.

“Saya tidak duduk di situ dan tiada di situ. Macam mana jiran kata saya ada di situ? Kalau betul tampil ke depan. Orang kalau betul tak pakai fake account untuk beri komen,” ujarnya lagi.

Terdahulu, adik Hidayah iaitu Mohd Zainuddin berkongsi satu tangkap layar di laman Facebook memaparkan komen beberapa individu yang mengaku jiran kepada arwah Abam mendakwa Ali dan keluarga berada di dalam rumah tersebut.

Ia susulan luahan Hidayah yang kecewa apabila kehadirannya bersama peguam seolah-olah tidak dilayan apabila tiada individu menyahut salam diberi selepas menunggu kira-kira sejam di luar kediaman terbabit.