Anak beritahu ibu dia nak murtad, mesti anda terkejut apa ibu dia buat

Anak beritahu ibu dia nak murtad, mesti anda terkejut apa ibu dia buat

 

Seorang ibu menceritakan kisah sedihnya apabila anak kandungnya menyatakan hasrat untuk murtad dari agama Islam.

Tindakan itu menyebabkan ibu tersebut sangat sedih dan mencari solusi bagi membatalkan hasrat anaknya itu.

Ibunya itu telah bertemu dengan seorang professor di universiti tempat anaknya belajar. Beliau menceritakan tindakan drastik yang ingin dibuat oleh anaknya itu.

Setelah menceritakan perkara itu, profesor tersebut bertanya kepada ibu itu,“Adakah puan pernah buat qurban untuk anak puan?”

Ibu tersebut menjawab tidak pernah.

“Puan buatlah qurban untuk anak puan, kemudian niatkan kepada Allah, jika qurban itu diterima oleh Allah, maka bantulah anak puan untuk perteguhkan imannya supaya tidak lagi berniat untuk murtad,” kata profesor itu.

Ibu itu mendengar nasihat tersebut terus melaksanakan ibadah qurban untuk anaknya itu, dengan niat jika qurban itu diterima oleh Allah maka bantulah anaknya agar tidak lagi berniat untuk murtad.

MashaAllah, tabarakallah. Beberapa bulan selepas qurban itu dilaksanakan, ibu tersebut telah bertemu semula profesor itu dan memberitahu anaknya membatalkan hasrat untuk murtad dan tidak lagi berniat seperti itu.

Kisah ini diceritakan oleh pendakwah terkenal, Imam Muda Hassan.

Imam Muda Hassan berkata, kisah itu bukanlah pelik kerana ibadah qurban itu natijahnya adalah taqwa.

Ini seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj ayat 37).

Jadi, Imam Muda Hassan menyeru dan berharap agar kita semua tidak lepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah qurban, kerana ibadah ini sangat mujarab untuk menghapuskan segala masalah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Duta Rasmi Serantau Muslim itu berkongsi kisah tersebut melalui laman sosial NGO Serantau Muslim yang menjadi platform beliau berbakti kepada masyarakat.

Beliau mengajak semua untuk melaksanakan ibadah qurban bersama Serantau Muslim.

www.qurbanmudah.com
www.qurbanmudah.com
www.qurbanmudah.com

Beliau meyakini kemampuan dan ketelusan Serantau Muslim dalam melaksanakan ibadah qurban. Atas ketelusan itu, Serantau Muslim didokong oleh para ilmuan dan tokoh yang berpengaruh seperti antaranya Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Imam Muda Hassan, Ustaz Syaari Ab Rahman dan Dai’ Nur Afiqah Mahmud.