Anwar buat kejutan kekalkan Idrus Harun sebagai Peguam Negara 6 bulan lagi
Idrus Harun kekal sebagai peguam negara untuk tempoh enam bulan lagi, berkuat kuasa Isnin ini, lapor portal berita FMT.
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memaklumkan dalam kenyataan hari ini, selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan pelantikan semula Idrus.
Sebelum ini dilaporkan tiga hakim dipertimbangkan untuk dilantik sebagai peguam negara seterusnya.
Idrus, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, pada mulanya dilantik sebagai peguam negara dengan kontrak dua tahun pada 6 Mac 2020 selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Kontraknya yang pada awalnya tamat pada 5 Mac 2022 diperbaharui setahun lagi pada 8 Mac 2022.