“Apabila kita periksa bahagian kemaluan dah bernanah, ada jerawat biji besar-besar dan berair,” – Pakar O & G dedah kisah malang wanita menyangka disihir, akhirnya terbongkar kisah durjana suami
Seorang wanita ‘sengsara hidup’ apabila disahkan mengalami jangkitan kelamin iaitu penyakit gonorea berpunca daripada tabiat suaminya yang bertukar pasangan serta bersekedudukan dengan perempuan simpanan kira-kira setahun.
Memetik perkongsian Kosmo!Online, kisah itu diceritakan seorang pengamal perubatan, Dr. Waniee Azeera menerusi TikTok berhubung pengalamannya ketika berkhidmat di Jabatan Obstetrik & Ginekologi di sebuah hospital sewaktu ketika dahulu.
“Kakak ini datang hospital dan sangat sakit bahagian kemaluannya sampai sangat menggeletar, jalan terkangkang dan tekanan darahnya pun tinggi. Apabila kita periksa bahagian kemaluannya, dah bernanah, ada jerawat biji besar-besar dan berair.
“Bila doktor pakar tengok, doktor pakar cakap ini gonorea. Korek-korek sejarahnya, rupanya benda ini dapat daripada suaminya sendiri.
“Suaminya duduk bersekedudukan dengan perempuan di rumah lain. Lama juga dekat setahun lelaki itu duduk dengan perempuan simpanan,” katanya pada video tersebut.
Dr. Waniee Azeera berkata, wanita itu mendakwa suaminya terkena sihir dan dia pula hanya mengikut kata lelaki tersebut.
“Dia tak tahu apa-apa, dia ikut saja. Tapi alhamdulillah suaminya yang hantar ke hospital dan jaga isterinya. Untuk kes ini, kita rawat kedua-dua mereka iaitu suami dan isteri itu.
“Kasihan isteri ini, dia tak tahu apa-apa tapi dia bawa penyakit daripada suami dia sendiri. Kuncinya mudah, bertukar pasangan dan lepas tu buat pula (aktiviti persetubuhan),” katanya.