“Ayah tiri aku kahwin 3, tapi anak tiri dengan kandung tak pernah gaduh, isteri-isteri pun baik, rupa-rupanya…”

“Ayah tiri aku kahwin 3, tapi anak tiri dengan kandung tak pernah gaduh, isteri-isteri pun baik, rupa-rupanya…”

 

Tak semua bahagia hidup berpoligami tapi jika tahu cara sebenar pasti kesemua isteri mendapat layanan sama rata.

Anak-anak juga tak bergaduh jika benar ajarannya apatah lagi berkenaan harta, zaman sekarang ada yang sanggup membunuh demi duit.

Seorang pengguna berkongsi pengalaman masuk ke dalam keluarga besar selepas ibunya menjadi isteri ketiga ayah tirinya.

“Cerita ni mungkin rare sikit dan mungkin ramai yang mengalami tapi tak ramai yang akan share. Ia agak panjang asalnya tapi aku pendekkan.

Aku ada tiga orang emak, maknanya ayah tiri aku kahwin tiga. Ibu tiri pertama aku ada tujuh orang anak (semua anak kandung ayah tiri aku).

ibu tiri yang kedua ada lima orang anak (dua anak tiri, tiga anak kandung ayah aku), dan yang ketiga ibu kandung aku sendiri ada tiga orang anak (semua anak tiri kepada ayah aku).

Ayah tiri aku selalu suruh anak anak tiri panggil dia ‘abah’ supaya lebih mesra. Ibu-ibu tiri aku tak ada pun nak bermasam muka atau guna ilmu hitam atau bomoh bomoh.

Kami adik beradik tiri tak ada pun gaduh gaduh tak puas hati, hasut menghasut atau kutuk belakang.

Time raya pertama semua kumpul dekat rumah isteri pertama. Semua happy happy, havoc havoc sampai aku pun masih dapat duit raya dari adik beradik tiri yang dah kerja dan beranak pinak.

Ayah aku kahwin dengan isteri kedua dan ketiga dalam Malaysia je. Tak ada pula sampai nak pergi Thailand.

Tunaikan semua permintaan anak dan isteri

Aku tengok ayah aku ni seorang yang penyabar dan bertanggungjawab. Apa yang isteri isteri dan anak anak nak semua ditunaikan.

Isteri pertama dan isteri kedua ayah aku ada tanah dua tiga keping dan rumah banglo sebiji setiap sorang.

Cuma mak aku ada sekeping je tanah dan sebiji banglo. Ditambah lagi pangsapuri dibandar setiap seorang dua pintu, mak aku satu pintu je itu pun mak aku tak nak.

Anak-anak lelaki semua dibelikan tanah dan dibuatkan rumah banglo masing-masing, guna duit ayah tiri aku.

Diulang, guna duit ayah tiri aku. Anak perempuan cuma dapat tanah je setiap sorang sebab nanti ikut suami.

Mak mak tiri aku dah pergi mekah dan umrah, pergi melancung luar negara dah banyak kali.

Cumanya mak aku baru je sekali dapat pergi melancung sebab baru je 2 tahun mak aku kahwin dengan ayah tiri aku. Ayah aku ni jenis rajin juga buat kerja rumah.

Kadang kadang tolong masak sarapan, potong sayur nak masak makan tengah hari, hias hias kawasan halaman rumah, tanam bunga, berkebun tanam sayur sayur dalam kawasan rumah.

Cuma anak dan menantu je yang pemalas kadang-kadang balik bercuti dikampung bangun sampai tengah hari.

Tolong masak dekat dapur pun malas, memang selalu kene sembur la dengan ayah tiri aku.

Selalu kene bebel, ‘Abah dulu sekolah rendah dah kerja penat penat berjemur cari duit takde nak bangun sampai tengah hari!’.

Anak anak bila nak kahwin tak kira lelaki atau perempuan ayah aku akan belanja tak kurang daripada RM30k tak kira anak kandung atau anak tiri. Tanpa berkira.

Tapi dalam senang senang ayah aku banyak jugak dugaan sepanjang hidup dia. Bab kene rompak dah banyak kali.

Siap kene ikat satu family pun pernah. Rumah dimasuki pencuri tak yah cakap la dah jadi kebiasaan.

Tapi aku pelik ayah aku ni pun satu, kunci kereta dibiar dalam kereta pintu tak berkunci siap ada duit tebal tebal warna merah warna biru dalam desk board.

Pintu rumah mak tiri pertama aku pun mana ada berkunci siang malam macam mana la tak dimasuki pencuri.

Orang pulak selalu pinjam duit dan berhutang dengan ayah aku tapi susah nak bayar. Yang pinjam pun kadang kadang bukan orang susah je, orang senang dan mampu kerja pun ada jugak.

Yang kerja sendiri, kerja swasta, kerja kerajaan pun ada jugak, tapi punya susah nak bayar. Tapi ayah aku cakap abah halalkan je… Macam tu la ayah aku jenis tak kisah..

Aku sebagai anak tiri tak pernah minta macam macam dekat ayah tiri aku sebab aku sedar diri aku ni anak tiri je.

Cumanya ayah aku ada bagi sekeping tanah itu pun aku buat tak tau je. Aku tengok mak kandung aku pun sebagai isteri ketiga tak dapat banyak sangat macam apa yang isteri pertama dan keuda dapat.

Mak aku pun bukan jenis meminta minta, dan mak aku pesan siap-siap dekat ayah tiri aku bila aku kahwin nanti jangan keluar belanja banyak sangat, ala kadar je..

Layan sama rata

Masa nak raya hari tu pun semua perbelanjaan dari bahan bahan nak masak, kuih raya, duit raya, baju raya semua ayah aku yang sediakan untuk setiap rumah isteri-isteri dia.

Mak aku dah tak yah risau pasal ayam dan daging. Ayah aku dah siap tempah dekat orang untuk dihantar ke rumah.

Ayah aku tinggal datang melawat kawasan je. Siap bagi lagi setiap anak anak kandung atau anak anak tiri cucu cucu dia duit perbelanjaan nak raya.

Ayah aku jenis hidup bermasyarakat. Orang orang kampung, saudara mara, adik beradik isteri isteri dia semua senang dengan dia.

Masa ada kenduri atau majlis keramaian ayah aku join ringan tulang untuk tolong itu ini, selalu pergi masjid solat berjemaah.

Aku pernah bergurau tanya ayah tiri aku,’“abah tak nak tambah lagi satu ke untuk cukupkan quota?’. Ayah tiri aku cakap, ‘tak payah lah, nak mampos dah’.

Dan aku pernah tanya abah ni ada jampi jampi atau guna minyak pengasih ke?

Berlaku adil, jaga solat

Jawapannya tak, cuma jaga solat, banyakkan berdoa, berzikir, jaga silaturahim dan eratkan silaturrahim je.

Mula-mula aku tak caya tapi lama lama aku dengar ayah aku tu pun ada kene buatan orang juga.

Pernah sekali dua dia pengsan masa tengah kerja tapi ayah aku jenis tak percaya bomoh bomoh ni. Dia buat tak tau je yang dia sakit. Dia teruskan hidup dengan happy.

Dan aku pernah dengar ayah aku ada keturunan diRaja tapi aku tak tau Raja apa. Majapahit atau Langkasuka.

Kesimpulan dan pengajaran yang boleh diambil dari cerita aku ni, lelaki boleh kahwin lebih dari satu atau cukupkan quota asalkan bertanggungjawab, faham agama dan amalkan.

Semua kemahuan isteri isteri dan kemahuan anak-anak kena tunaikan.