Bapa luah rasa kesal, anak perempuan ditendang pelanggan gara-gara jual umpan RM8

Bapa luah rasa kesal, anak perempuan ditendang pelanggan gara-gara jual umpan RM8

 

Seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya ditendang oleh seorang pelanggan kerana tidak berpuas hati dengan harga umpan memancing dijual pada harga RM8.

Kalau mahal tak payah beli

Menerusi hantaran dibuat oleh lelaki dipercayai bapa kepada kanak-kanak terbabit iaitu Anip Anip di Facebook Grup Geng Viral Melaka, dia tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pelanggan tersebut terhadap anaknya.

Bapa kanak-kanak tersebut berkata, sekiranya pelanggan berkenaan tidak berpuas hati dengan harga yang dijualnya, maka individu terbabit boleh beredar dan membeli di kedai berikutnya.

“Kalau rasa tak beli umpan, tak payahlah tendang anak perempuan saya.

“Kalau rasa RM8 mahal, tak payah beli. Kalau berani, sila tampilkan diri,” katanya.

Tunggu rakaman CCTV untuk buat report

Katanya lagi, dia sedang menanti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada jiran berdekatan yang berkemungkinan merakam kejadian anaknya ditendang pelanggan tersebut.

Kemudiannya, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu terbabit kerana telah mendatangkan kecederaan kepada anak perempuannya.

“Salam, saya tak teragak-agak untuk buat report polis.

“Saya tengah tunggu rakaman CCTV lengkap. Tak kira siapa, saya akan buat laporan kes ya,” maklumnya.

Terus buat report, moga dipermudahkan urusan

Rata-rata warganet turut mengecam tindakan pelaku kerana sanggup mendatangkan kecederaan terhadap anak kecil yang tidak bersalah.

Mereka juga berharap agar bapa kanak-kanak terbabit segera mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku tersebut.