Bapa saudara Agong mahukan calon PM bersih, dihormati penjawat awam

Bapa saudara Agong mahukan calon PM bersih, dihormati penjawat awam

KENYATAAN MEDIA

YAM TENGKU TAN SRI AZLAN IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR

18 OGOS 2021

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, selepas megadakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada hari Jumaat ini akan membuat keputusan memilih dan melantik seorang Perdana Menteri yang baru.

Saya percaya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu akan melantik seorang yang berwibawa dan memahami tentang senario suasana di dalam negara kita pada ketika ini.

Harapan saya secara peribadi, agar seorang Perdana Menteri ini mempunyai “International Image” yangbaik, tidakadanya skandal peribadi dan tuduhan korupsi; memahami selok belok ekonomi dan yang paling penting mendapat penghormatan daripada Kakitangan Kerajaan.

InsyaAllah, jika kriteria-kriteria ini ada pada seorang pemimpin negara, saya yakin satu imej pembaharuan dapat kita laksanakan ..