Bapa seronok pergi mancing, anak dibiar tidur kesejukan alas kotak

Bapa seronok pergi mancing, anak dibiar tidur kesejukan alas kotak

 

Video berkenaan gelandangan yang tidur di jalanan sering menyuntik rasa hiba sekali gus mengajar kita untuk lebih bersyukur dengan kehidupan dan rezeki sendiri.

Bukanlah tidak mahu keluar dari kepompong kemiskinan, namun golongan ini benar-benar bergelut dengan kedaifan sehingga terpaksa berharap kepada ihsan sukarelawan.

Bila tak bersedia jadi bapa…Anak-anak adalah amanah Allah

Akan tetapi, tidak semua kisah jalanan akan membuatkan kita sedih.

Berbeza dengan situasi di bawah, seorang sukarelawan yang mesra digelar Abae Hae merasa kesal setelah dia ternampak seorang budak terlantar tidur di malam hari beralaskan kotak tanpa sebarang penjaga.

@abbehae

Ya Allah Kau aturkanlah hidup anak yang putih bersih ini mengikut acuanMu.. #abbehae #jejakjalanan #jagahakAllah

♬ Instrumen Sedih Renungan – JUL MARUF

Aku kalau dah amik, memang tak bagi terus

Apabila ditanya kepada penghuni jalanan lain, mereka berkata bapa kanak-kanak itu rupanya sedang seronok pergi memancing di tempat lain.

Sementara si isteri sedang ditahan di pusat rawatan, Abae Hae geram kerana si suami malah mengendahkan keselamatan anaknya begitu sahaja.

Mujur saja ada rakan gelandangan lain yang sudi jagakan dulu, ikutkan hati Abang Hae mahu membawa pergi si kecil itu di bawah jagaannya.

Hidup aku ni susah mana pun, aku janji utamakan anak isteri aku

Mendapat lebih 1.1 juta tontonan, ramai netizen sebak melihat betapa kanak-kanak itu dibiarkan terlantar tanpa penjaga di sisi.

Semua orang boleh menjadi ibu bapa, namun tanggungjawab menjaga zuriat belum tentu mampu dilaksanakan sebaiknya.

Anak Dibiar Tidur Kesejukan Alas Kotak, Si Bapa Rupanya Seronok Pergi Mancing

Melihat budak berkenaan, netizen juga teringatkan dan terbayang anak masing-masing. Syukurlah mereka mampu memberikan tempat berteduh secukupnya.

Anak Dibiar Tidur Kesejukan Alas Kotak, Si Bapa Rupanya Seronok Pergi Mancing