Baru 3 hari bersalin, netizen ngilu tengok Emma Maembong selamba dukung anak sulung & duduk bersila

Baru 3 hari bersalin, netizen ngilu tengok Emma Maembong selamba dukung anak sulung & duduk bersila

Umum sedia maklum, pelakon jelita Emma Maembong baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Shakil Aryan Shah pada Rabu lalu.

Buat majlis aqiqah

Tidak menunggu lama, aktres berusia 31 tahun itu dilihat terus mengadakan majlis aqiqah anak keduanya secara sederhana tetapi cukup meriah  penuh beradab.

Ini dapat dilihat menerusi hantaran dikongsikan suami Emma iaitu Muhammad Shazli yang memaparkan suasana majlis aqiqah yang dipenuhi dengan selawat.

Dalam hantaran yang sama juga, pasangan itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada para tetamu yang sudi hadir ke majlis aqiqah anak kedua.

“Alhamdulillah, selesai majlis aqiqah anak kedua, Shakil Aryan Shah. Majlis kecil-kecilan diraikan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
“Semoga menjadi anak yang soleh amin ya rabb..dan juga terima kasih semua atas doa dan ucapan,”tulisnya.

 

Selamba dukung anak sulung semasa majlis aqiqah

Bagaimanapun, tindakan pemilik nama Fatimah Rohani Ismail mendukung anak sulungnya, Shariq Arshan Gabriel semasa majlis aqiqah mencetuskan kebimbangan ramai.

Mana tidaknya, aktres berusia 31 tahun masih berada dalam ‘mood’ berpantang selepas melahirkan bayi kedua dan perlu menjaga kesihatan tubuh badan.

Rasa ‘ngilu’ tengok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan mereka seolah-olah dapat rasa ‘ngilu’ lebih-lebih lagi belum cukup seminggu melahirkan anak.

Rahim baru nak mengecut, tak payahlah

Tak takut jatuh peranakan ke?

Terdahulu, suami Emma memaklumkan pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu selamat melahirkan anak kedua mereka secara normal dengan berat 3.4 kilogram pada Rabu lalu.

Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Arshan Gabriel, 2, dan Shakil Aryan Shah.