Bebankan mahasiswa: Menteri Pengajian Tinggi perlu letak jawatan!

Bebankan mahasiswa: Menteri Pengajian Tinggi perlu letak jawatan!
1) Keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPKT ) untuk menangguhkan pendaftaran secara langsung di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara menimbulkan kemarahan orang ramai.
2) Dengan lebih 23,000 sisipan Tweet setakat ini, para pelajar mengakui kerugian ribuan ringgit berikutan kos tiket penerbangan yang sudah ditempah termasuk pembayaran rumah sewa yang sudah dilakukan lebih awal.
3) Kekecewaan ini berlaku disebabkan rata-rata sudah mula mendaftar untuk semester baru, tetapi dikejutkan dengan keputusan kerajaan yang secara drastik mengumumkan penangguhan pembelajaran.
4) Kementerian Pengajian Tinggi terdahulu telah membuat kenyataan bertarikh 27 Mei 2020 bahawa pelajar baru sesi 2020/2021 termasuk dalam kategori mereka yang perlu belajar secara fizikal dan bukan ‘online’. Sudah pasti ibubapa mengambil kenyataan ini sebagai benar dan membuat perancangan awal untuk perjalanan, tempat tinggal dan lain-lain keperluan.
5) Kenyataan terbaru KPT bahawa tidak perlu adanya kelas fizikal dan kelas online diteruskan semula sangat membebankan kepada para pelajar. Pemuda AMANAH mempersoalkan mengapa tidak dibolehkan pengajian ‘online’ untuk semua kategori pelajar dari awal? Dan jika KPT sedar bahawa ada implikasi kewangan atas arahan baru ini, mengapa tidak dibincangkan pampasan kepada pelajar yang terlibat?
6) Oleh itu, pihak AMANAH melalui Mahasiswa AMANAH dan Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif; mahasiswa yang terkandas di kawasan Lembah Kelang disebabkan arahan daripada Menteri Pengajian Tinggi boleh memohon bantuan dengan mengisi Google form https://forms.gle/Bc3B3bVGpyH3HeVR7

atau berhubung terus dengan Saudara Aidi Zuhaili Zuhaimi di talian 0192136616. Ianya bertujuan untuk membantu menyediakan kemudahan seperti tiket perjalanan, penginapaan, petrol, makan dan minum serta lain-lain yang berkaitan. Bahkan sekiranya ada penyumbang yang berminat untuk memberi sumbangan juga boleh menyumbang secara terus kepada:

AKTIVIS SEJAHTERA
RHB Bank
2623 3500 0387 59
7) Keseluruhannya, Pemuda AMANAH amat-amat terkilan dengan keputusan KPT yang berubah secara drastik. Kita tertanya-tanya, di manakah Menteri Pengajian Tinggi? Sekirannya isu ini tidak diselesaikan dengan baik untuk kepentingan seluruh mahasiswa, menteri wajib meletakkan jawatan dan ditukar dengan pemimpin lain yang lebih prihatin, setidak-tidaknya berperikemanusiaan dengan kesusahan orang lain.
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional