Bella Astillah dedah mesej dengan Sophia AlBarakbah, siap cakap ‘love you’ bagai

Bella Astillah dedah mesej dengan Sophia AlBarakbah, siap cakap ‘love you’ bagai

 

Selepas pelakon, Sophia AlBarakbah membuat kenyataan enggan memberi sebarang komen berkenaan isu yang sedang panas, Bella Astillah telah tampil sekali lagi mendedahkan apa yang telah dilakukan oleh ‘heroin drama’ tersebut.

Menerusi muat naik tangkapan layar yang dilakukan oleh selebriti itu di Instagram, dia telah berkongsi mesej antara dirinya dan Sophia selepas pelakon itu mengaku ‘tersuka’ suaminya sewaktu menjalani pengambaran drama terbaru.

Kenapa lari?

Menerusi posting yang dibuat oleh Bella Astillah, dia mempertanyakan mengapa Sophia cuba untuk lari dan tidak datang ketika press conference drama lakonannya yang bergandingan dengan Aliff Aziz.

Bukan fitnah. Semua sahih!

Pendedahan tersebut dilakukan artis kelahiran Sabah itu susulan ada dakwaan mengatakan dirinya cuba menfitnah ‘heroin drama’ berkenaan.

Jelasnya, dia adalah orang yang paling takut untuk mengeluarkan kenyataan tidak sahih. Dia juga sebenarnya tidak mempunyai perancangan untuk membuat sebarang kenyataan, namun ‘heroin drama’ tersebut terlebih dahulu memberikan ulasan dengan mengatakan tidak mahu melibatkan satu Malaysia dan ingin menyelesaikan masalah ini secara peribadi dengannya.

Merayu jangan beritahu bapa

Isteri kepada Aliff Aziz itu juga berkongsi tangkapan layar mesej Sophia yang merayu kepadanya supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum sebelum ini selepas mengaku ‘tersuka’ suami orang.

Terdahulu, Sophia AlBarakbah dilihat tidak kelihatan dalam PC drama terbaru lakonannya bersama Aliff Aziz yang bertajuk Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Ketika sidang media tersebut, Aliff mengaku yang ‘heroin drama’ dimaksudkan oleh isterinya adalah Sophia tanpa dia menyebut nama. Namun, dia akui perkara tersebut mungkin terjadi disebabkan khilafnya sendiri kerana tidak menjaga batas pergaulan ketika sedang bekerja sehingga terbawa-bawa perasaan.