Belum pun menang, calon ‘Ketua Menteri’ sudah berani tunjuk besar kepala

Belum pun menang, calon ‘Ketua Menteri’ sudah berani tunjuk besar kepala

Ahli parlimen PH, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membidas sikap besar kepala calon ‘Ketua Menteri’ UMNO, Ab Rauf yang dilihat berdegil dalam mematuhi SOP penamaan calon yang berlangsung pagi tadi.

Ab Rauf yang merupakan Pengerusi UMNO Melaka dan calon BN bagi DUN Tanjung Bidara dikesan hadir bersama-sama lebih 20 orang penyokong diketuai Najib Razak di hadapan pusat penamaan calon di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara.

Menerusi ciapan di Twitternya, Nik Nazmi telah berkongsikan kejadian tersebut dengan Ismail Sabri.

Menurut laporan portal akhbar Malaysiakini, SPR melarang aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti politik bertanding di mana-mana pusat penamaan calon sepanjang tempoh penamaan calon bagi PRN Melaka semalam.

Pertembungan tiga penjuru di DUN berkenaan di mana Ab Rauf bakal dicabar calon dari Bersatu Mas Ermieyati Smsudin mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Zainal Hassan.

Sebelum ini, Ab Rauf disebut-sebut bakal menggantikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri sekiranya BN memenangi PRN Melaka nanti.

Meskipun pantas dinafikan Najib semalam, rata-rata berpendapat ianya sekadar helah Najib bagi mengelakkan BN berdepan undi protes dari kalangan ahli UMNO sendiri yang tidak senang dengan tindak tanduk Ab Rauf selama ini yang menjadikan Sulaiman sebagai bonekanya selama BN memerintah negeri tersebut.