Bengang ada orang cuba godam akaun TikTok & Facebook, Hidayah dedah identiti individu yang cuba ambil haknya

Bengang ada orang cuba godam akaun TikTok & Facebook, Hidayah dedah identiti individu yang cuba ambil haknya

 

Balu Allahyarham Abam BoceySiti Norhidayah Mohd Ali meluahkan kemarahan apabila akaun TikTok dan Facebook miliknya cuba digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Siti Norhidayah atau mesra dipanggil Hidayah berkata, ia berlaku sejak dua hari lalu selepas akaun Instagram miliknya dan arwah suami gagal digodam tidak lama dahulu.

“Saya tengah marah ni sebab ada orang cuba godam akaun TikTok dan Facebook selama dua hari berturut-turut. Benda ni dah lama berlaku, tapi saya sabar dan berdiam diri.
“Tapi kali ini saya tak tahan, selama ni dia cuba nak ambil akaun Instagram saya dan arwah suami tapi mereka tak dapat (godam),” katanya dalam satu hantaran video di laman Instagram pada Sabtu.

Usahawan berusia 30 tahun itu berkata, dia kecewa apabila terdapat cubaan menganggu perniagaan yang diusahakan secara dalam talian selain meminta individu tersebut mencari pendapatan halal tanpa menggunakan jalan pintas.

“Dia nak kacau bisnes saya. Kenapa korang nak ambil (godam)? Sebab nak jual (akaun) untuk dapatkan duit? Kalau takde duit, berniaga la. Cari duit yang halal. Bawalah bertaubat.
“Kalau takde duit, berniaga. Macam saya, saya tak kacau orang. Saya buat bisnes sendiri untuk besarkan anak. Nasihat saya, janagn ambil hak orang,” ujarnya.

Sementara itu, Hidayah seolah-olah memberi bayangan bahawa dia mengetahui tentang identiti individu yang cuba menggodam akaun media sosialnya tetapi tidak berkongsi lebih lanjut.

“Ingat saya tak tahu siapa yang cuba ambil (godam) tu? Saya tahu (maklumat) kat mana, pukul berapa, nama korang siapa,” katanya lagi.

Terdahulu, ibu tunggal anak satu itu berkongsi rasa sedih apabila mendakwa kunjungannya ke rumah peninggalan arwah suami tidak mendapat layanan kerana pintu tidak dibuka.

Walau bagaimanapun, adik iparnya Ali Puteh yang juga pelawak menafikan dakwaan terbabit dengan mengatakan mereka tiada di rumah ketika kedatangan Hidayah bersama peguam.