Berang peruntukan pondok dan tahfiznya belum diterima, Mokhtar Senik gesa Menteri Agama segera ‘bank in’
Mendakwa bantuan kepada sekolah-sekolah pondok dan tahfiz belum diberikan, bekas ketua ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, menyarankan penyaluran bantuan dibuat terus melalui akaun bank.
Melalui permerhatian katanya, bantuan Covid-19 kepada institusi pendidikan Islam itu belum ‘diturunkan’ lagi setakat ini.
“PKP (perintah kawalan pergerakan) sudah, lockdown pun dah. PKPD pun sudah.
“Katanya bajet kat atas dah lulus tapi kat bawah tak sampai lagi,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Pengasas Pondok An-Nuur di Pahang itu berkata, jika majlis penyerahan bantuan sukar dilakukan kerana prosedur operasi standard (SOP), penyalurannya boleh dibuat melalui akaun bank.
“Kalau payah nak buat majlis penyerahan kerana nak kena jaga SOP, bank in sajalah.
“Boleh juga guru yang terjejas beli beras, bukan nak nasi arab lauk kibas pun,” jelas Mokhtar sambil menambah dia sedang memerhati semua pusat-pusat pengajian pondok di seluruh negara.
Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/579223