‘Bersalin di dunia berpantang di syurga’, wanita sempat lihat wajah bayi sulung
Penantian untuk mendapatkan cahaya mata sulung itu merupakan satu moment yang sangat berharga buat setiap ibu bapa.
Kadang-kadang meskipun baru di awal kehamilan, masing-masing sudah memasang angan-angan bagaimana si kecil berkenaan akan dibesarkan kelak dengan penuh kasih sayang.
Namun lain pula nasibnya yang terjadi pada sebuah keluarga ini.
7 Mac Ika selamat lahirkan baby, tapi 8 Mac Ika tinggalkan kami
Tanggal 7 Mac lalu, seorang wanita bernama Nurzalikha Zaharin telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya hasil perkongsian bersama suami, Mohamad Sufian.
Seperti biasa, si ibu sempat dipertemukan dengan bayi lelakinya tersebut selepas selesai semua.
Walau bagaimanapun, siapa sangka itulah pertemuan yang terakhir buat ibu dan anak ini.
@karl_capix65 Allahuakhbar.. 7/3/23 ika slamat lahirkn baby..tapi 8/3/23 ika tinggalkn kami sume..rehat & slamat brpantang adik iparku disyurga sana.. alfatihah..#alfatihahbuatmu #syurgabuatmu #syahid #fypシ゚ #foryoupage #viral #fypviral #videoviralitiktok
Melahirkan 7/3, selepas tu Allahyarhamah sesak nafas…Sempat juga Allahyarhamah tengok anak
Sehari selepas kelahiran si sulung tersebut, Nurzalikha dikhabarkan mengalami sesak nafas sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir.
Ketika di majlis pengebumian Allahyarhamah, ramai sekali sayu menatap si kecil itu yang belum sempat merasai kasih sayang serta susu daripada si ibu.
@ismiliana_ Comel anak yang arwah tinggalkan .. Baby boy .. #hartaduniaakhirat #fyp #fypmasukbranda #takziah
Selamat pulang ke negeri abadi sahabat akhiratku…Tenanglah disana Ika
Menerusi satu posting, suami Allahyarhamah akui reda dengan pemergian yang cukup mengejut tersebut.
Dalam pada itu, dia berjanji akan menjaga satu-satunya zuriat yang ditinggalkan dengan baik.
Sementara itu, rakan-rakan baik kepada Allahyarhamah turut merasa kehilangan tersebut dan sempat datang bantu uruskan ketika waktu pengebumian.