Bersusun-susun & besar isi kunyit, tanam dalam tayar lama hasilnya berbaloi. rugi kalau tak cuba tanam sendiri!
Menjadi sungguh nampaknya! Bahkan tidak hairanlah hal ini boleh membuatkan kita rasa teruja untuk cuba menanam kunyit bila melihat hasil yang dituai oleh saudara Razak Adom ini. Bersusun-susun isi kunyit dan memang puas hati!
Percaya atau tidak, rupanya untuk mendapatkan hasil tuaian yang sebegini banyak hanya perlu ditanam di dalam tayar sahaja. Tanpa perlu membeli bekas yang khusus, gunakan tayar lama sahaja memang jimat dan berbaloi untuk kita turut mencuba teknik menanam kunyit seperti ini.
Hasil Menanam Kunyit Dalam Tayar
“Tanam kunyit dalam 2 biji tayar. Setiap tayar 6-7 pokok. Alhamdulillah…. Inilah hasilnya…” begitulah kapsyen yang ditulis oleh Razak Adom berkongsi gambar hasil tuaian di group Facebook Berkebun D Rumah.
Jadi buat anda yang ingin mencuba untuk menanam kunyit, bolehlah praktikkan cara dan kaedah yang dikongsikan olehnya di sini.
Langkah 1 : Tayar saiz 14 dipotong bahagian tepi dengan menggunakan pisau dapur yang tajam. Bila sudah potong terbalikkan bahagian luar ke dalam.
Langkah 2 : Isi tayar tersebut dengan tanah, gaul dengan baja tahi kambing, tanah bakar dan pasir.
Langkah 3 : Kemudian bolehlah semai benih kunyit dan siram.
Langkah 4 : Bila daun pokok kunyit menguning dan mati, itu tanda ia sudah sedia untuk dituai. Tempohnya adalah anggaran lebih dari 6 bulan.
Langkah 5 : Terbalikkan tayar dan siram atau tembak dengan air untuk memudahkan isi kunyit diambil.
Dan inilah hasilnya