Bertemu Puteri Sarah, DSV tumpang sakit hati anggap lelaki tak hargai isteri kufur nikmat

Bertemu Puteri Sarah, DSV tumpang sakit hati anggap lelaki tak hargai isteri kufur nikmat

 

Hasil sokongan keluarga, peminat, rakan artis serta kesungguhan mencari kebahagiaan baru dengan anak-anak, ia menjadi sumber penguat Puteri Sarah Liyana berani membuat keputusan untuk keluar daripada rumah tangga toksid. Sampai ke tahap ini, ramai mendoakan agar prosiding talak di mahkamah 7 Mac nanti berjalan lancar.

Hello, hello…Comey ni wey…Kenal dak?

Dalam pada itu, semalam usahawan terkenal iaitu Dato Seri Vida a.k.a DSV sempat terserempak dengan ibu 2 anak tersebut dalam sebuah event. Anggun mengenakan busana hitam, dia sendiri memuji Sarah adalah seorang insan yang comel dan lawa.

Bertemu Puteri Sarah, Lawak DSV Tunjal & Perli Kamera – “Jateyyy Kufur Nikmat”

Jatey tak kenal barey…Saya pun geram…Kufur nikmat jatey ni

Namun dalam interaksi tersebut, lawaknya DSV tiba-tiba menunjal skrin kamera seolah melepaskan geram kepada sikap lelaki yang kufur nikmat dan tidak pandai menghargai wanita. Melihat gelagat ibu kepada Cik B tersebut, Puteri Sarah sendiri tergelak besar di belakang.

@datoserividaofficial

Wife amuk tak❎ DSV amuk✅#pageforyou #masukbranda #fypシ゚viral #soundviral #fyp @Puteri Sarah liyana

♬ Flames – Donzell Taggart

 

DSV geram sungguh tu…Lepas geram untuk jantan tak setia…Belepar sebutir

Belum 24 jam dimuat naik, rakaman lucu mereka berdua sudah meraih hampir setengah juta tontonan. Menjengah ke ruangan komen, ramai akui terhibur mendengar sindiran halus DSV yang dianggap sedang ditujukan kepada pihak suami aktres berkenaan.

Bertemu Puteri Sarah, Lawak DSV Tunjal & Perli Kamera – “Jateyyy Kufur Nikmat”

Kamera tu macam Sol yang kena tunjal dengan DSV

Bertemu Puteri Sarah, Lawak DSV Tunjal & Perli Kamera – “Jateyyy Kufur Nikmat”

 

Serupa mak pertahankan anak

Bertemu Puteri Sarah, Lawak DSV Tunjal & Perli Kamera – “Jateyyy Kufur Nikmat”