BKM Fasa 3, jadual & tarikh pembayaran ditetapkan bermula September 2022 ini
Pihak Hasil telah mengeluarkan jadual tarikh tuntutan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi bulan September 2022.
Tarikh pembayaran ini adalah bagi pembayaran fasa 3 dan tuntutan bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Jadual ini dikeluarkan secara rasmi oleh pihak BKM sendiri.
Daripada jadual tersebut, kita boleh lihat bahawa bagi kemaskini yang dibuka pada bulan Ogos 2022 ini, tuntutan bayaran boleh dibuat pada 8. September 2022.
Daripada jadual di atas, pembayaran fasa 3 BKM berkemungkin akan diterima oleh para penerima BKM pada 5-8 September 2022. Ianya bersamaan hari isnin-khamis pada minggu kedua bulan September tahun ini.
Bagaimanapun, masih belum ada pengumuman rasmi yang diiumumkan.Ianya tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Sama-sama tunggu sebarang pengumuman daripada BKM.
Sementara itu, jika anda ingin semak status permohonan BKM , boleh lawati laman web bkm.hasil.gov.my
Selain itu JUMLAH BKM FASA 3 ada dinyatakan di dalam artikel ini. Anda boleh lihat berapakah jumlah yang bakal anda terima.
Bagi yang masih tertanya-tanya apakah tujuan kemaskini yang dibuat sebelum ini. Ianya adalah untuk membuat sebarang penukaran maklumat-maklumat yang melibatkan;
- Nombor Telefon Rumah
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat e-Mel
- Nama dan Nombor Akaun Bank*
- Maklumat Wakil
- Terhad kepada akaun bank pemoh
Bilakah dijangka BKM fasa 3 dibayar?
Pada minggu kedua September 2022.
Sumber – upnd.com.my