BNM guna paparan kutipan sasaran RM20 juta sebagai contoh pengumpulan dana mencurigakan, ini reaksi Founder Misi
Bank Negara Malaysia dalam satu perkongsian di Twitter hari ini memberi peringatan kepada semua untuk berhati-hati dengan aktiviti pengumpulan dana.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila BNM menggunakan paparan kutipan dana yang digunakan misirakyat sebagai contoh.
Sentiasa pastikan kesahihan apa-apa kempen pengumpulan dana sebelum mengambil bahagian. Berhati-hati dengan aktiviti pengumpulan dana yang meragukan. pic.twitter.com/2kX9ylYdpR
— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) June 30, 2023
Perkara ini sekaligus menarik perhatian Founder misirakyat dan memaklumkan akan segera berjumpa pihak BNM.
Terima kasih atas perhatian pihak BNM, saya akan datang ke BNM untuk membuat penjelasan dan mohon bantuan BNM untuk rakyat bantu rakyat. Mesti ada yang saya terlepas pandang. Jadi saya kena datang untuk berbincang very soon. – Kata Founder misirakyat.
Founder misirakyat yang dikenali sebagai, Nur Ahmad Faiz dalam pada itu turut menegaskan pihak BNM tidak memberikan sebarang notis. BNM didapati terus menggunakan paparan aplikasi misirakyat dan menimbulkan persoalan ramai.