‘Boleh ke rakyat biasa kahwin dengan anak Raja?’ Sekali ini jawapan Permaisuri Agong

‘Boleh ke rakyat biasa kahwin dengan anak Raja?’ Sekali ini jawapan Permaisuri Agong

 

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup terkenal dengan sifat merendah diri dalam mendekati rakyat.

Keperibadian baginda yang disenangi ramai rakyat jelata itu membuatkan Raja Permaisuri Agong sering mendapat perhatian di media sosial.

Menerusi ruangan Twitter, terdapat seorang individu yang bertanyakan satu soalan kepada baginda, iaitu adakah rakyat biasa boleh mengahwini kerabat diraja?

Namun, jawapan yang diberikan oleh Tunku Permaisuri menerusi akaun @cheminahsayang itu, ternyata membuat ramai rakyat jelata yang tersenyum lebar.

Rakyat biasa boleh tak kahwin dengan kaum kerabat?

Jawapan Tunku Permaisuri adalah ‘boleh’

Rata-rata netizen turut dilihat memberikan pelbagai reaksi dengan ada yang meletakkan harapan untuk ‘meminang’ anak raja. Semua boleh mencuba nasib la nampaknya!

Ramai je isteri raja atau suami puteri daripada orang kebanyakan

Perlukan ‘resume’ ke?

Ada harapan ni