Bomba berjaya keluarkan 5 cincin yang melekat pada kemaluan lelaki

Bomba berjaya keluarkan 5 cincin yang melekat pada kemaluan lelaki

 

Pasukan bomba dan penyelamat berusaha untuk mengeluarkan lima cincin dari kemaluan seorang lelaki.

Satu pasangan suami isteri meminta bantuan daripada pasukan beruniform untuk mengeluarkan kelima-lima cincin tersebut.

Kejadian tersebut berlaku pada Jumaat, di Kota Yogyakarta, Indonesia.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kota Yogyakarta, Rudi Firdaus Yusuf.

Menurutnya, pemindahan cincin dari kemaluan lelaki itu adalah pertama kali berlaku di bandar Yogyakarta.

“Kami memotong cincin itu, terdapat lima daripadanya. Alhamdulillah, tiada kecederaan berlaku,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mengetahui motif lelaki itu menyarungkan cincin pada kemaluannya.

“Ia sejenis monel, jadi saya tidak tahu apa maksudnya. Ia hanya main-main atau apa, tapi pihak bomba diminta untuk memotongnya.

“Dua anggota melakukan proses itu yang mengambil masa selama 10 minit,” kata Rudi.