Buat perangai macam di negara sendiri, individu luah perit berjiran dengan warga asing bebas bela ayam di taman perumahan stres kena hidu bau taik ayam setiap hari
Dalam hidup berjiran, setiap apa yang kita lakukan perlu mengambil kira kepentingan bersama agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Lebih-lebih lagi rumah di kawasan bandar yang dihuni oleh penduduk pelbagai bangsa dan budaya.
Baru-baru ini, seorang individu tampil berkongsi luahan ketidakpuasan hatinya dalam satu hantaran di Facebook berhubung sikap jirannya, warga asing yang merupakan pemegang kad UNHCR.
Individu yang tidak diketahui namanya itu berkata, dia terpaksa menahan sabar melihat perbuatan jiran yang sesuka hati membela ayam sehingga mengundang rasa kurang selesa pada penduduk perumahan tersebut.
“Maaf, saja nak melepaskan geram jiran sebelah (warga asing). Sesuka hati diorang bela ayam di kawasan perumahan. Buat reban besar depan rumah, luar pagar.
“Taik mengalir depan rumah aku bila hujan. Air taik, bau, hama kuman.
“Nak bela ayam berjuta ekor pun, pergilah balik negara korang. Haa, pengecut, penakut pula nak balik. Buat sesuka hati di negara sendiri. Di negara orang, korang buat kepala sendiri,” katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) pernah datang memberi notis amaran. Ketika itu, jirannya bersembunyi kerana bimbang ditahan.
“Bila MBIP datang beri notis amaran, korang menyorok, takut tak nak keluar. PAstu diorang selambar nbawa motor kereta macam doirang bayar roadtax pula. Naik lemak, meluat aku,” ujarnya.
Ada yang bertanya, mengapa pengadu tidak melaporkan perbuatan jirannya kepada pihak polis. Jelas pengadu, dia setakat ini hanya membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan.