“Buaya Pahang tak baham orang” – Ini kisah perjanjian Pawang Kadir dengan buaya di Sungai Pahang yang ramai tak tahu
Pernahkah anda dengar satu cerita mengenai buaya di Pahang? Katanya, buaya-buaya ini tidak pernah membaham manusia.
Tetapi, mengapa buaya di Sungai Pahang tidak menganggu manusia seperti buaya-buaya di sungai lain?
Menurut sebuah video di laman TikTok, seorang pengguna bernama Azmi telah memberikan jawapan.
Tambahnya, walaupun Sungai Pahang merupakan habitat untuk ratusan ekor buaya, mereka tidak pernah membaham manusia.
“Mengikut kepercayaan orang dulu-dulu, buaya ini pernah mengikat satu perjanjian dengan seorang pawang.”
“Pawang tersebut dikenali sebagai Pawang Kadir, seorang pawang yang sangat terkenal di Pahang suatu ketika dahulu. Beliau merupakan seorang alim yang berasal daripada Kampung Guai, Temerloh, Pahang.”
Tambahnya lagi, Pawang Kadir juga merupakan Pawang Diraja dan pernah mengikat perjanjian dengan buaya-buaya di Sungai Pahang.
“Dalam perjanjian tersebut, seluruh keturunan buaya tidak boleh menganggu manusia. Begitu jugalah dengan manusia.”
Meninjau ke ruangan komen, ramai orang Pahang mengakui pernah mendengar cerita yang sama sebelum ini.
“Betul tu, saya orang Pahang. Ramai orang tak tahu ada buaya lagi besar di Sungai Pahang iaitu buaya putih sekiranya dia naik kedarat maka tandanya akan banjir,” kata Nur.
“Buaya di Pahang memang baik, tapi buaya darat yang paling di takuti,” kata Rose.
@azmi.jamaludin Kenapa buaya di sungai pahang tidak mengganggu manusia ? Tidak seperti buaya di tempat lain contohnya di Sarawak Sungai pahang merupakan antara sungai yang terpanjang di semenanjung Malaysia. Sungai pahang juga merupakan habitat ratusan ekor buaya walaupun begitu buaya2 ini tidak pernah membaham manusia. Mengikut kepercayaan buaya ini telah mengikat perjanjian dengan pawang yang terkenal di pahang iaitu pawang kadir Seorang yang alim berasal daripada kampung guai temerloh pahang Beliau juga merupakan pawang diraja di zaman sultan abu bakar riayatuddin shah Pada tahun 1930 an pawang kadir pernah mengikat perjanjian dengan buaya di sungai pahang Dalam perjanjian tersebut seluruh keturunan buaya tersebut tidak dibenarkan untuk mengganggu manusia dan begitu juga sebaliknya. Manusia juga tidak boleh membunuh buaya di Sungai Pahang. #misiniaga #azmijamaludin #learnontiktok #tiktokgurumalaysia #sejarahpahang #buayasungaipahang