Budak lelaki teruja dalam bersesak-sesak dapat topi dipakai Tengku Muhammad
Sejak beberapa hari ini, kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sabah dan Sarawak telah menjadi trending di media sosial.
Dalam jelajah ini, baginda turut ditemani Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan putera kepada Sultan Pahang.
Ketika kunjungan mereka di Kundasang, seorang kanak-kanak lelaki bertuah apabila Tengku Muhammad Iskandar menghadiah sebuah topi yang sedang dipakainya.
@liyanie terima kasih Tengku Muhammad Iskandar bagi topi nya semalam #TengkuMuhammadIskandar #kundasang #kundasangsabah pentas budaya pekan kundasang
Momen manis tersebut dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai @Liyanie menerusi aplikasi TikTok dan difahamkan dia adalah ibu kepada kanak-kanak itu.
Menerusi video itu, dapat dilihat Tengku Muhammad Iskandar sempat memberikan topi yang dipakainya kepada budak lelaki tersebut walaupun ketika itu dikawal ketat oleh pengawal peribadi.
“Terima kasih Tengku Muhammad Iskandar bagi topinya semalam,” tulisnya.
“Mahal kenangan tu.”
Perkongsian video itu telah menarik perhatian netizen, rata-ratanya memuji sikap anakanda Yang di-Pertuan Agong itu.
Ada yang meninggalkan komen, itu merupakan kenangan yang paling tidak boleh dilupakan sebagai rakyat jelata.
Tidak hairanlah keluarga Diraja Pahang sentiasa disenangi rakyat.