Budak perempuan 6 tahun dirogol di rumah kongsi
Seorang Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai di rogol sebuah bilik rumah kongsi Kawasan Perindustrian, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian tengah hari kelmarin itu, mangsa ditemui orang ramai berada dalam bilik rumah kongsi seorang lelaki berusia 50-an.
Sumber berkata, kejadian disedari ibu mangsa apabila dimaklumkan suspek berkenaan yang juga warga tempatan membawa mangsa ke bilik kongsi.
“Ibu mangsa dihubungi seorang rakannya yang memaklumkan anaknya dibawa ke bilik rumah kongsi oleh lelaki terbabit.
“Suspek sebelum ini dikatakan sering membawa kanak-kanak perempuan itu berjalan dan membeli makanan ringan, namun akan menghantarnya pulang selain sudah dikenali penduduk di kawasan berkenaan.
“Kejadian ini memang sangat mengejutkan kami kerana lelaki itu juga dikenali oleh penduduk di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku dan pihak polis sudah menahan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut.