Cara masak kari ikan merah viral, hanya guna sedikit santan sahaja
Lauk kari menjadi sajian keluarga ini sejak sekian lama, malah ketika ibu mentuanya masih ada hampir setiap hari lauk kari disajikan.
Masakan kari yang sedap ini memang buat anak beranak ini ketagih. Tak kiralah kari apapun tapi lauk ini mesti ada di meja makan.
Tak lokek berkongsi resepi, Zee Basir menurunkan cara dan tip memasak kari yang dipraktikkan sekian lama.
Cara buat kari ikan merah, wajib buat setiap minggu
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah – dibersihkan & potong ikut suka
1 mangkuk santan cair – dari setengah biji buah kelapa
1 cawan pati santan dari perahan santan pertama di atas
1/2 cawan air asam jawa ( agak-agak sesuai rasa masamnya)
1 sudu makan gula
1 sudu teh ajinomoto
sudu makan penuh serbuk rempah kari ikan baba’s
3 sudu makan penuh serbuk rempah kari daging baba’s
1 cawan air
2 sudu makan rempah campuran ( biji sawi, halba, jintan yg dlm peket siap tu)
Sayur bendi & tomato
Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah kecil
1 inci halia
Cara masak kari
1. Panaskan satu senduk minyak kemudian tumiskan rempahan campuran sehingga berbau wangi dengan api kecil.
2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sampai naik bau. Masukkan dua serbuk rempah kari tadi dan tumis dngan api paling kecil.