Cara masak nasi impit yang sedap, pejal dan lambat basi, sesuai untuk hidangan hari raya

Cara masak nasi impit yang sedap, pejal dan lambat basi, sesuai untuk hidangan hari raya

 

Tak lengkap sambutan Syawal tanpa adanya nasi impit. Sedapnya kalau makan dengan rendang, kuah kacang, serunding atau lontong.

Nasi impit pun ada banyak cara nak hasilkan. Paling mudah, masak nasi impit segera yang ada dijual di pasaran.

Tapi kalau nak rasa nasi impit yang lebih asli, apa kata anda cuba buat nasi impit macam mak-mak kita buat dulu.

Tak perlu rebus dalam plastik pun. Hasilnya memang sedap dan lembut. Malah masak macam ni nasi impit juga lambat basi.

Nasi Impit Homemade

Bahan-bahan:

2 cawan beras biasa
10 cawan air
2 sudu teh garam
Daun pandan

Basuh beras dan masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam periuk untuk dimasak.

-Selepas nasi mula kering, kacau sentiasa sambil dilenyekkan supaya nasi hancur.

-Guna api perlahan dan bila nasi kelihatan hampir kering, terus kacau lagi.

-Kacau nasi setiap 10 minit sehinggalah nasi betul-betul kering. Masak nasi impit cara ni kena dikacau banyak kali supaya nasi impit yang terhasil akan menjadi cantik dan lembut.

-Setelah siap, padamkan api.

-Teruskan melenyek nasi menggunakan sudip atau belakang botol yang bersih sehingga nasi betul-betul hancur dan lembut. Lakukan berkali-kali.

-Masukkan nasi ke dalam bekas atau loyang dan ratakan.

-Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.

-Tekan-tekan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik yang disapu minyak tadi.

-Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong. Lebih bagus jika penjelasan semalam.

Info chef: Jika nak nasi impit betul-betul mampat, tindih nasi impit dengan benda berat seperti lesung batu supaya nasi impit mampat elok.