Cara mudah cabut rumpun serai tanpa calarkan lengan
Jika tanam sendiri serai di rumah, selalu terjadi bila ingin memotong atau mencabut serai tangan akan tercalar dek daunnya yang agak tajam. Kalau nak ambil banyak, lagi banyaklah calar kena pada tangan.
Tapi ada tip menarik yang dikongsi oleh Tarique Syaman melalui akaun Tik Tok miliknya tentang cara cabut serai tanpa mencederakan tangan atau lengan. Ini caranya;
1. Ketuk dulu rumpun serai dan selak sekeliling pokok jika sudah terlalu rimbun supaya jika ada haiwan yang berlindung dalam rumpun ini ia keluar terlebih dahulu.
2. Sebaiknya pakai seluar untuk melakukan kaedah ini ya.
Berdiri dalam keadaan membelakangkan pokok serai dan langkah ke belakang (reverse) agar rumpun pokok serai berada di antara kaki.
3. Bila daun serai ini ada di belakang badan, bolehkan cangkul atau potong akar pokok serai. Boleh ambil serumpun atau beberapa batang serai ikut keperluan.
Cara cabut serai kaedah ini memang lebih mudah dan daun serai tak akan terkena tangan.
@tarique.syahman Ni saya tunjuk cara mudah cabut rumpun serai. Tak calar lengan okehh..just reverse kat bahagian daun serai tu lepas tu potong akar dia. Memang mudah nak cabut. Nak tahu cara tanam serai dari batang serai boleh tengok kat sini >@Tarique Syahman Tips tanam serai: Untuk dapatkan serai yang gemuk, jangan trim daun dia masa dia membesar. Just biar je dia merimbun. InsyaAllah besar-besar serai tu nanti. #serai #panenserai #tipstanamserai #tipstanam #seraipehayam #caratanamseraisubur #caratanamserai