Cara mudah tanam pokok nanas di tepi rumah
Buah merupakan sejenis makanan yang sangat penting dan memberikan vitamin yang diperlukan oleh badan.
Banyak buah yang berada di atas muka bumi ini mempunyai kelebihan dan nutrisi mereka sendiri untuk hidupan seperti manusia mahupun haiwan.
Buah yang bersifat citrus seperti oren, nanas dan limau sangat kaya dengan sumber vitamin C.
Selain itu, buah nanas juga sangat mudah ditanam dan dibiakkan di negara kita kerana ia berasal daripada keluarga buah tropika.
Buah jenis tropika ini sangat sesuai di tanam di negara kita berikutan keadaan cuaca yang panas.
Oleh itu, penulisan pada hari ini akan berkongsikan cara mudah bagi penggemar buah nanas untuk menanam buah tersebut.
Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Berkebun Di Rumah.
Buah nanas mempunyai banyak jenis dan yang paling popular semestinya buah nanas madu.
Namun untuk benih yang dikongsikan oleh pengguna Facebook tersebut, dia telah menggunakan benih nanas daripada jenis MD2.
Menurutnya, nanas jenis ini lagi sedap, manis dan tak akan membuatkan lidah anda pedih dan gatal.
Jika di pasaran, buah nanas jenis ini dijual pada harga RM5 sebiji untuk saiz yang agak kecil.
Daripada dibuang jambul nanas tadi, lebih baik ia dikitar semula dengan cara semai dan tanam di ruangan tanah yang ada.
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mencabut jambul nanas tadi dan biarkan ia untuk beberapa hari.
Anda perlu cabut beberapa helai daun-daun yang berada di pangkal jambul sehingga nampak sedikit pangkal jambul.
Kemudian rendam pangkal jambul tadi ke dalam bekas berisi air sehingga ia tumbuh akar. Ia mungkin akan mengambil masa selama seminggu atau lebih.
Apabila sudah panjang, kini anda boleh pindahkan ia ke tanah lapang yang sesuai.
Tambahnya, untuk menanam nanas, anda perlu menanamnya dalam kedudukan yang rapat.
Ini kerana daun nanas itu nanti akan menyokong antara satu sama lain apabila ia sudah menghasilkan buah.