Cara nak bersihkan bantal penuh ‘peta’ air liur hingga kekuningan
BANTAL berbau hapak, kepam dan bertukar kekuningan dan ada kalanya hingga berkulat dipenuhi ‘peta” air liur memang menggelikan.
Satu kajian dijalankan oleh Amerisleep,
sebuah syarikat tilam dan peralatan tidur berpangkalan di Arizona, menunjukkan bahawa walaupun selepas hanya seminggu digunakan, sarung bantal yang tidak dicuci boleh menyimpan 17 kali lebih banyak bakteria daripada tempat duduk tandas, iaitu dengan sehingga tiga juta unit pembentuk koloni (CFU) setiap inci persegi.
Justeru, membersihkan bantal penting kerana ia sudah mengumpul sel kulit mati, minyak dan peluh daripada badan ketika kita tidur.
Bagaimanapun, tidak semua bantal boleh dicuci dengan selamat di dalam mesin basuh, terutama yang mempunyai bahan halus atau tampalan khas, selain tidak menghilangkan bau dan noda kekuningan.
Menurut pakar pembersihan dan pemilik Mary’s Kitchen Flour Sack Towels, Allen Civlak, ada caranya mudah, berkesan dan dan lebih murah membersihkannya, iaitu, hanya menggunakan bahan terdapat di pasar raya tanpa perlu mencuci teruk.
Penyelesaian pembersihan ini menggunakan hanya menggunakan dua bahan, iaitu serbuk penaik soda (baking soda) dan cuka putih.
Untuk membersihkannya, mulakan dengan menanggalkan sarung bantal, kemudian taburkan soda penaik dengan banyak hingga meliputi bahagian kekuningan.
Langkah seterusnya ialah menyembur soda penaik yang dicampurkan dengan larutan cuka.
Untuk membuatnya, campurkan bahagian yang sama air dan cuka putih dalam botol semburan.
Tindak balas antara baking soda dan cuka membantu menghilangkan bau dan membuang kotoran.
Biarkan bantal yang sudah disembur soda penaik dan cuka tadi selama sekurang-kurangnya 30 minit.
Ini memberi untuk membolehkan bahan-bahan itu meresap dan mengeluarkan bau dan menyegarkan bantal.
Kemudian gunakan berus atau mengeluarkan soda penaik. Pastikan kedua-dua belah bantal dibersihkan dengan sempurna.
Kemudian dijemur di bawah sinaran matahari terik untuk mengeringkannya.
Cahaya matahari mempunyai ‘sifat pembasmi kuman semula jadi’ dan boleh membantu menghilangkan bau yang berlarutan.
Biarkan bantal kering dijemur beberapa jam sebelum menyarung semula bantal sekali gus membuatkan baunya lebih harum, segar dan warna kekuningan akan hilang.