Cara nak hilangkan daging korban berbau hamis, hanya guna 2 bahan ini saja
Sudah semakin dekat dengan Hari Raya Aidiladha, maka selepas ini ada peti ais yang penuh dengan daging korban.
Kalau tak dimasak dengan betul, daging akan berbau hamis dan pastinya sukar untuk makan dengan bau yang kuat.
Kalau nak masak dekat rumah, boleh guna cara yang dikongsikan oleh MyResipi ini, senang untuk dijadikan panduan.
Bahan-bahan:
- Daging
- 3 sudu besar tepung gandum
- 2-3 helai daun nangka
Cara-caranya:
- Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.
- Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum.
- Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit.
- Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga 1 jam.
- Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam juadah anda.
- Hasilnya, daging tidak akan berbau malah lebih cepat empuk bila ingin memasak juadah yang diinginkan.
Bau hamis daging kambing pula biasanya dihasilkan oleh lemak dan juga myoglobin – sejenis cecair merah yang selalu dianggap darah.