Cik Pia nafi tidak mahu bercerai, dedah Bosskay masih belum mahu lepaskan
Meskipun urusan pendaftaran anak kedua sudah selesai apabila suami akhirnya hadir sendiri ke JPN, namun begitu kehidupan Cik Pia atau Norsufia Johari belum tenang sepenuhnya. Mana tidaknya, sehingga kini kemelut permasalahan rumah tangganya tidak berakhir lagi di samping perlu menjaga 2 anak dalam waktu yang sama.
Bukan tak mahu minta berpisah…doakan suami lembut hati nak talakkan saya cara baik
Rentetan tular isu tersebut, ramai pihak meminta usahawan wanita ini keluar daripada rumah tangganya kemudian cari ‘kebahagiaan’ baru. Respon tentang perkara tersebut, Cik Pia akui dirinya bukan tidak mahu menuntut perpisahan. Sebaliknya suami yang masih belum lepaskan, biarpun dah sekian lama tidak beri nafkah untuk anak-anak dan isteri.
@norsufiajohari Replying to @rohanasulaiman67 doakan suami Sye lembut hati nk ceraikan saya cara baik..#coffitz #tiktokviral #fypp #viral #fypシ #fyp #fypage #tiktoker #cikpia #trending #fypシ゚viral #tiktok
@norsufiajohari Replying to @sichubbymrs doakan Sye supaya ALLAH tak membolak balik kan hati Sye semula..#cikpiaraya #coffitz #dudukje #tiktokviral #fypp #viral #fypシ #fyp #fypage #tiktoker #cikpia #trending #fypシ゚viral #tiktok
Baru rasa nak bernafas…kalau busy minta fasakh, siapa nak tanggung belanja anak
Mengulas lanjut, Cik Pia juga akui baru hendak tenangkan dirinya selepas isu pendaftaran Arumi dan ambil pendekatan selesaikan masalah satu demi satu. Bahkan jika dia sibuk naik turun mahkamah untuk selesaikan isu perpisahan pula, urusan anak-anak akan terabai pula memandangkan kini semu
@norsufiajohari Replying to @me_nadd bukn xnk mintak cerai.. selesaikan SATU2 urusan dulu..doakan urusan Sye ALLAH lancarkan..Sye nk g umrah dulu LPs tu baru fikir cerai ok..#tiktok #fypシ゚viral #dudukje #trending #cikpia #tiktoker #fypage #fyp #fypシ #viral #fypp #tiktokviral #coffitz #cikpiaraya
@norsufiajohari setiap hari masih bercerita sana sini..cari org UTK support..SAYA tak pernah cari org tp org yg DTG cari & bantu saya dgn izin Allah..media cover pun bukan Sye yg suh tau2 viral .semua Allah yg izinkan tanpa perlu Sye cari UTK bercerita.cerita Sye hanya didlm.live Sye..bukan live org lain..#trending #cikpia #tiktoker #fypシ゚viral #fypage #fyp #fypシ #viral #tiktokviral #fypp #coffitz
Cik Pia ni masih berstatus isteri walaupun tak bertali…moga dipermudahkan segala urusan
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan dugaan Cik Pia meskipun pernah berikan peluang kedua untuk suaminya pulihkan rumah tangga. Rentetan itu, mereka titipkan doa agar semua urusan ibu kepada 2 anak tersebut dilancarkan sentiasa.