Crepe viral pelbagai perisa terpaksa dibuang, Kieda nangis tanggung rugi hampir RM10K

Crepe viral pelbagai perisa terpaksa dibuang, Kieda nangis tanggung rugi hampir RM10K

Apabila melihat mana-mana bisnes melibatkan jualan makanan berkembang maju, acapkali kita membayangkan keuntungan besar yang berjaya diraih oleh para peniaga. Namun di sebalik semua itu, banyak pengorbanan yang terpaksa dilalui dan tidak semua orang berkongsikan realiti ini. Untung rugi pula sudah menjadi adat biasa.

Ujian hari ini, crepe rosak sebab chiller tiba-tiba tak sejuk

Baru-baru ini, peniaga dessert viral iaitu Khalieda Yusra juga sempat berkongsikan dugaan besar yang dialami dalam perniagaannya. Difahamkan, chiller yang menjadi tempat simpanan bekalan crepe mereka mengalami kerosakan kerana suhu perkakas elektrik ini menjadi tidak sejuk secara tiba-tiba.

Hampir 500 bekas crepe terpaksa dibuang ke tong sampah kerana sudah basi

Memandangkan kualitinya sudah terjejas teruk, Kieda terpaksa berlapang dada untuk membuang sekitar 475 bekas crepe yang terdiri daripada bermacam perisa. Berat hatinya menerima ujian ini, tambah pula dia turut mengalami kerugian total melibatkan angka hampir RM10,000. Bukan soal duit semata-mata, pastinya yang paling terkilan adalah ketika mengenangkan usaha keras pekerja yang sudah bertungkus lumus menyediakan ratusan stok jualan.

@kiedacrepe

Sedih tengok makanan kena buang macam ni . Letih buat pakai tenaga semua 😭 #kiedacrepe #kiedacrepetour #hqkiedacrepe_penang

♬ Syi’ir Tawasul Al-Rifa’ie – Al-Rifa’ie Satu

Moga Allah murahkan rezeki…Dia basi, makanan macam ni kan bersusu

Walaupun cuba kuat dan pasrah dengan ujian ini, sesekali Kieda juga gagal menahan air mata. Dapat dilihat pekerjanya yang sedang mempersiapkan booth jualan outdoor juga sedikit down melihat rakan sekerja di premis HQ Penang terpaksa melakukan proses pembuangan crepe. Namun apa pun, dia tetap kuatkan semangat untuk mencari rezeki dengan niat kerana Allah.

@crepekiedapenang

Takpa , kieda kuat. Takda rezeki kami . Esok kita usaha lain🤲🏻💔😭😭😭😭 #kiedacrepetour #kiedacrepe #hqkiedacrepepenang

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline