Dah macam hazelnut, wanita terkejut jumpa ibu jari kaki dalam bar coklat

Dah macam hazelnut, wanita terkejut jumpa ibu jari kaki dalam bar coklat

Kehadiran bendasing dalam makanan seperti rambut, kuku, batu, pasir, logam dan sebagainya adalah satu perkara yang tak boleh dipandang enteng memandangkan ia akan mencemarkan kualiti makanan dan sekali gus membahayakan kesihatan seseorang.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan situasi yang dialami oleh seorang wanita ini dimana dia menjumpai ibu jari kaki manusia dalam bar coklat sehingga mengundang pelbagai reaksi ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia berkongsi beberapa buah gambar yang menunjukkan bahagian organ tersebut yang difahamkan berlaku di luar negara.

“Selalu periksa makanan awak sebelum makan. Terdapat bahagian jari manusia dijumpai dalam bar coklat, hati-hati lah apa yang korang makan, selalu periksa makanan sebelum makan. Jijik betul lah,” ujar pemilik video diruangan kapsyen.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ada individu yang menyangka bendasing itu adalah asam jawa dan bukan bahagian organ manusia.

Netizen trauma nak makan coklat

Bukan itu sahaja, ramai yang meluahkan rasa hairan serta jijik apabila melihat potongan jari manusia itu yang tidak sepatutnya berada di dalam makanan.