Dah tarik saman masih nak menyalak, Puteri Sarah mengamuk dengan bekas menantu Kazar Saisi

Dah tarik saman masih nak menyalak, Puteri Sarah mengamuk dengan bekas menantu Kazar Saisi

 

Meskipun Puteri Sarah Liyana sudah bercerai dengan pengarah, Syamsul Yusof namun masih ada individu yang masih menyimpan rasa kurang senang terhadap aktres itu.

Cari publisiti?

Terbaru, Puteri Sarah meluahkan rasa marah terhadap bekas menantu kepada pelakon senior, Kazar Saisi yang didakwa masih ‘menyalak’ di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dakwa aktres berumur 37 tahun, wanita itu masih menjaja kisah dirinya dan Syamsul. Tegas Puteri Sarah, wanita terbabit sepatutnya bersyukur apabila dia membuat keputusan menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya iaitu Kazar dan Yasmin.

Pagi-pagi bangun ramai netizen yang kongsi dengan saya. Sejenis manusia bila dah elok semua diselesaikan, dah tarik saman masih nak menyalak.

Saya sudah selesai dengan Shamsul, dah elok (hubungan) dan kami gembira dengan kehidupan sendiri. Dan awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat close friends kau?

Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa.

Jumpa di mahkamah

Puteri sarah liyana wiwien

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan dia akan mengambil tindakan undang-undang malah akan membuat laporan kepada majikan wanita itu yang merupakan seorang ejen insurans.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah serta keluarganya, keluarga mentuanya termasuk suaminya, Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.