Debat Najib-Anwar, budak Najib kantoi menipu
Nak cerita penuh? Jom cerita penuh.
Isham Jalil dan DS Najib Razak kata kononnya DS Anwar Ibrahim sudah setuju tarikh lepas Raya. Mana ada, kita belum setuju pun. Semua masih dalam perbincangan dan belum diputuskan.
8 April 2022, dalam pertemuan pertama bersama Isham (dia datang bertiga, saya berdua), saya sampaikan hasrat DS Anwar agar debat Sapura Energy dibuat dalam bulan Ramadhan. Isham sampaikan pandangan bulan Ramadhan tak sesuai atas pelbagai alasan, dan cadang selepas Raya.
Saya terima pandangan beliau dan kami bincang beberapa tarikh untuk dirujuk kepada pimpinan masing-masing.
Kami bincang beberapa perkara lain termasuk media mana, tempat mana, jam berapa, siapa hos, berapa ramai yang boleh hadir, sekuriti macam mana dan banyak lagi.
Malah Isham cadang bukan format debat, tapi “wacana”! (Ingatkan DS Najib yang nak sangat debat…??)
Apa pun, kami setuju untuk jumpa semula 13 April (semalam) untuk perbincangan lanjut selepas mendapat pandangan pimpinan masing-masing.
Semalam, 13 April 2022, dalam pertemuan jam 4 petang (Isham bertiga, saya juga bertiga), saya ulang pendirian DS Anwar supaya debat diadakan secepat mungkin dalam bulan Ramadhan, dan Isham tetap dengan pandangan masa sesuai ialah selepas Raya. Beberapa tarikh khusus dibincang tapi belum dimuktamad.
Kami juga bersetuju pemakluman debat akan dibuat secara bersama dalam satu sidang media hujung minggu ini.
Jadi, sebarang tarikh yang dibayangkan Isham atau DS Najib itu belum dipersetujui atau disahkan. Bukan fait accompli. Kita ikutlah proses.
Isham ada dua saksi, saya pun ada dua saksi.
Tapi saya tak tahu lah kalau admin FB berbayar DS Najib antara dua saksi semalam haha.
So kita tunggu pengumuman rasmi bersama hujung minggu ini.
Nak rock? Let’s rock.
Sumber – FB Fahmi Fadzil