Demi selamatkan kucing, kedua kaki budak ini digilis lori simen

Demi selamatkan kucing, kedua kaki budak ini digilis lori simen

 

Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah di bahagian kaki sehingga terpaksa dipotong kerana digilis lori ketika cuba menyelamatkan seekor kucing.

Kaki terpaksa dipotong

Kudung Kaki

Memetik laporan Tribun News, ketika kejadian mangsa, Nabila Febrianti melihat seekor kucing berada di tengah jalan raya di Labuhan Batu, Sumatera Utara di Indonesia.

Dia kemudian berlari ke arah kucing tersebut kerana haiwan itu hampir dilanggar lori yang sarat dengan muatan simen.

Malangnya, kaki kanak-kanak berusia 11 tahun itu digilis lori dan dihempap dengan tayar.

Susulan itu, Nabila dikejarkan ke Hospital Rantau Prapat untuk mendapatkan rawatan manakala kucing tersebut berjaya diselamatkan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua belah kaki Nabila terpaksa dipotong dan dia kini masih menjalani rawatan di hospital.

Kisah menyayat hati itu tular di media sosial dan meraih perhatian warganet apabila tersebar gambar kanak-kanak tersebut yang kelihatan masih tersenyum walaupun kehilangan kakinya.