Dihalang jumpa anak, menantu Zainal Abidin mahu tuntut cerai
Sejak minggu lalu, konflik pertelingkahan isteri pertama dan kedua Datuk Zainal Abidin hangat menjadi bualan netizen. Tambahan pula, anak-anak kepada bekas jurulatih skuad kebangsaan itu sendiri dedahkan mereka langsung tidak bersetuju dengan tindakan bapa mereka bernikah dengan Fyna Jebat.
Kepala otak saya tak boleh fikir benda macam ni Zaiza…Ingat saya tak penat ke?
Di tengah-tengah kekecohan ini, rupanya anak lelaki beliau iaitu Zaiza Zainal Abidin juga bergelut dengan isu rumah tangganya. Dalam perkongsian terbaru dengan media mStar, isterinya, Suzorsofia Smethjaya muncul menyampaikan berita bahawa dia sudah memfailkan tuntutan talak pada tanggal 5 Januari lalu.
Anak-anak tak sihat, semua saya bayarkan…Saya rindu & nak jumpa mereka
Sebagai ibu, hati Suzorsofia terkilan kerana kini dirinya dihalang bertemu dengan anak-anak. Bahkan dedahnya, pihak sana seakan mengajar budak-budak itu beranggapan buruk kepada mak sendiri. Padahal selama ini, dia sangat sibuk dengan kerja sebagai seorang pramugari. 6 tahun bertahan dan beri peluang, Zaiza dikatakan masih tidak berubah.
@sofiasmeth To daddy of my children
Saya turun je kapal, saya nak jumpa anak…Hati ini sedih, tanya khabar anak takde jawapan
Oleh kerana sukar berhubung, Suzorsofia malah terpaksa meminta tolong ibunya untuk video call pihak sekolah semata-mata mahu bercakap dengan anak-anak. Bukan enggan balik ke rumah, namun wanita tabah ini mengakui keselamatannya diancam oleh Zaiza. Tujuan dia tampil kali ini hanyalah satu, iaitu mahu berjumpa dengan cahaya mata tersayang.