Dipaksa kerja siang malam tanpa henti, setiap hari dihidang nasi putih & ikan goreng, suami akhirnya ceraikan isteri depan kawan
Segelintir golongan suami mengambil remeh terhadap tanggungjawab untuk menyediakan keperluan bagi menyara keluarga.
Ada isteri yang terpaksa bekerja untuk menggantikan posisi suami menafkahi anak-anak dan menampung segala kos perbelanjaan.
Tetapi, berbeza dengan kisah yang dikongsikan oleh Acak East mengenai sahabatnya.
Dipaksa kerja lebih masa setiap hari tanpa cuti
Melalui video yang beredar, dia terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan dari pagi hingga malam tanpa menghiraukan keadaan fizikal dan mentalnya sendiri.
Namun apabila memikirkan tentang dua orang anaknya yang masih kecil, dia akur dengan semua kehendak si isteri.
Bermacam jenis pekerjaan yang dia lakukan, tetapi masih belum cukup untuk memenuhi segala kehendak isteri yang terlalu tinggi.
Dengan kenaikan kos sara hidup menyebabkan si isteri merasa segala keperluan gagal dipenuhi.
Wife hidangkan nasi putih dan ikan goreng. Itulah makanan setiap hari
Wanita yang berjanji untuk setia dengannya berubah apabila tidak mahu hidup susah dengan gaji suami sebanyak RM1800 sahaja.
Ditambah dengan perbelanjaan untuk sewa rumah, bil api dan air, nafkah anak dan isteri, komitmen motor serta komitmen kereta si isteri juga dibawah tanggungannya.
Dalam waktu yang sama, si isteri enggan bekerja sedangkan komitmen keluarga mereka terlalu besar.
Wanita berkenaan bukan sahaja sambil lewa dalam menggalas tugas sebagai isteri sepenuh masa, malahan sanggup bertindak agresif terhadap suaminya sendiri.
Aku nak pergi dengan aman tanpa derita
Lelaki berkenaan telah menceraikan isterinya di hadapan sahabatnya sendiri setelah lima tahun hidup dalam bahtera perkahwinan.
Apabila terlalu lama menanggung beban emosi, si suami mendedahkan dirinya menghidap masalah kesihatan dan tidak mampu bertahan lebih lama.
@acak_east Member baik aku cerai bini depan mata aku..Allahuakbar..Hati2 la kaum lelaki #fyp #foryou #foryoupage #kahwinmuda #kehidupan #lakibini #cerai #anak #lumrahkehidupan