Dua sahabat baik ditemukan mati di sebuah rumah PPR
Dua rakan ditemui meninggal dunia dalam sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak Setapak, awal pagi tadi.
Menurut laporan Astro Awani, mayat itu ditemui selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa memecahkan pagar dan pintu rumah mangsa.
Hasil pemeriksaan mendapati mayat seorang mangsa lelaki ditemukan di ruang tamu unit berkenaan dan mayat mangsa wanita pula ditemukan di dalam bilik tidur.
Kedua- dua mangsa dipercayai sudah menetap di rumah berkenaan sejak 10 tahun lalu.
Setakat ini, tiada sebarang kesan jenayah ditemui.
Mangsa wanita dikenal pasti sebagai Nagisuari Rajiu Kannu, 51, bekerja dengan sebuah syarikat swasta.
Sebelum itu, beberapa rakan mangsa berkata, mereka gagal menghubungi kedua-dua mangsa sejak tiga hari lepas lantas melaporkan kepada pihak berwajib.
Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.