Dunia semakin gila, ada pula pakej servis wanita peneman ketika raya
Tiba sahaja Hari Raya, ramai di kalangan individu yang masih bujang bimbang jika mereka akan disoal mengenai jodoh atau adakah diri sudah berpunya.
Ini kerana, jika mereka masih belum berpunya peluang ini akan digunakan untuk memperkenalkan mereka kepada kenalan untuk bersuai kenal.
Oleh itu, ada yang sanggup berbohong dengan meminta kenalan terdekat untuk menyamar menjadi teman istimewa mereka.
Trend tawarkan perkhidmatan ‘teman beraya’ mula tular di Twitter
Terbaharu, tular di Twitter trend penawaran servis sebagai ‘teman beraya’ atau dalam bahasa mudahnya khidmat teman wanita sewa dengan berpura-pura menjadi kekasih pada harga serendah RM100.
Trend tersebut secara tidak langsung telah mengundang rasa kurang senang orang ramai yang merasakan ia sesuatu perkara yang kurang baik.
Menerusi perkongsian yang diciap oleh Amirul Ruslam di Twitter menyatakan trend itu sebagai sesuatu yang merosakkan apabila tiada lagi sifat malu oleh seseorang wanita Muslimah.
Apa yang lebih mengejutkan apabila terdapat juga servis memegang tangan dengan caj tambahan serendah RM10.
“Entahlah, bagi aku ‘trend’ atau gurauan sewa diri adalah satu trend yang merosakkan sifat malu seseorang muslim itu.
“Dengan ‘add on’ (tambahan wang) RM10, RM70, RM80 sudah dapat pegang tangan,” ciapnya.
Ntah lah, bagi aku trend/gurauan “sewa diri jd + 1” adlh trend yg merosakkn sifat malu seseorang muslim itu.
Dgn “add on” RM10, 70, 80, dpt dah pgg tgn.
Begitu murahnya maruah & kehormatan diri kita.
No wonder hilang dara/teruna krn berzina makin dianggap suatu kebanggaan. 👌🏻 pic.twitter.com/tamWQCTQIL
— 𝙍𝙈𝙄𝙍𝙐𝙇 (Inni Mutazawwij) (@AmirulRuslam) April 26, 2023
Sifatkan trend menunjukkan maruah diri yang murah
Malah dia turut menyifatkan begitu murahnya maruah diri dan kehormatan seseorang itu. Jadi tidak hairanlah apabila berlakunya maksiat ada yang seperti bangga dengan perbuatan terkutuk itu.
Meninjau di ruangan balas, ramai yang memberi pandang mereka terhadap trend tersebut dan ada juga yang bersetuju bahawa ia merupakan satu ikutan yang kurang baik.
Malah ada juga menyatakan ia tidak sewajarnya dijadikan sebagai bahan lawak jenaka atau gurauan.
Setuju walaupun ada yang sarcasm, saje2 tweet.
— Dee | Freelancer ✍🏼 (@ainiadilah99) April 27, 2023
Antara salah satu kesan daripada ideologi hedonisme adalah hilangnya maruah diri hilangnya sifat malu. Anak anak muda semakin ramai yang menormalisasikan perkara yang tak sepatutnya menjadikan 'rentetan amalan'.
— Naofumi (@Daniyalzaidi_) April 27, 2023
Tak faham kat mana lawaknya. Tahu bergurau tapi tupah tak kena tempat. Kalau saje nak test market ckp, takyah acah2 gurau tweet jual diri.
— AfiqahIrza (@IrzaAfiqah) April 27, 2023
Terlalu malu untuk diri ini baca dan tengok ermmm sama sama kita berubah ke arah yg lebih baik…. “Malu itu sebahagian dr iman"💜
— mine7 (@hazirah_iman) April 27, 2023