Elisya Sandha terbelanja ‘nasi lemak’, mak mertua & kakak sekali kena sekolah dengan netizen

Elisya Sandha terbelanja ‘nasi lemak’, mak mertua & kakak sekali kena sekolah dengan netizen

 

Bagi yang mengikuti media sosial pelakon Elisya Sandha, pasti sedia maklum mengenai perubahan gaya rambutnya bagi menjayakan sebuah watak dalam drama terbaharu berjudul Aku Hanim.

Meskipun jadual lakonan Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan padat, namun aktres berusia 23 tahun itu tetap meluangkan masa bersama anak perempuannya, Bunga Elhaq yang kini berusia 11 bulan.

Awak dan saya sentiasa bersama selama-lamanya, okey? – Elisya

Ini dapat dilihat menerusi perkongsian terbaharu dimuat naik menantu kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly menerusi platform Instagram miliknya.

Dalam hantaran itu, Elisya yang juga adik kepada pelakon hebat, Fasha Sandha menitipkan pesanan bahawa hubungan mereka berdua akan kekal selama-lamanya.

“Awak dan saya bersama selamanya, janji?” tulis Elisya di ruangan kapsyen hantaran terbabit.

 

Memalukan! Tak tutup aurat

Bagaimanapun, momen terindah bersama anaknya itu membuatkan ramai warganet tidak senang hati apabila jelas dilihat banyak komen negatif ditinggalkan.

Rata-rata warganet mengecam tindakan Elisya yang dilihat seakan tidak malu berkongsi ‘momen bahagia’ tanpa berfikir terlebih dahulu kerana ia menampakkan bahagian ‘aset’.

Mak mentua & kakak pun kena sekali!

Bukan Elisya sahaja menjadi mangsa kecaman netizen, bahkan Sheila Rusly dan Fasha Sandha juga terpalit selepas meninggalkan komen positif.

 

Kalau boleh, silalah padam video

Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila Rusly iaitu Uzair pada 21 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Bunga Elhaq, 11 bulan.