Gara-gara majlis kahwin tepi landasan, tren terpaksa perlahan

Gara-gara majlis kahwin tepi landasan, tren terpaksa perlahan

 

Jika anda melangsungkan majlis kahwin, sudah tentu ramai yang memilih lokasi yang memudahkan tetamu untuk datang memenuhi undangan sama ada diadakan di dewan, hotel atau rumah pengantin sendiri.

Namun, sebuah majlis kenduri kahwin di Surabaya, Indonesia ini pula lain daripada yang lain kerana diadakan di sebelah landasan kereta api.

5 1

Video suasana majlis kenduri itu baru-baru ini telah menjadi perhatian setelah dikongsikan di TikTok dilaanrfd.

Dalam video yang berdurasi selama 12 saat itu, dapat dilihat kerusi dan meja makan tetamu diletakkan di kiri dan kanan landasan kereta api itu.

Mungkin rumah pengantin memang di sebelah landasan kereta api tu, alah yang macam pasar Mae Klong Railway Market dekat Thailand yang bersebelahan dengan landasan kereta api tu.

4 2

Ketika video tersebut dirakam saat majlis berlangsung, sebuah kereta api juga telah melalui kawasan itu dengan perlahan.

Ini kerana menurut salah seorang netizen yang tinggal berdekatan dengan kawasan itu, difahamkan kereta api akan memperlahankan kelajuannya jika ada majlis di situ.

Agaknya pemandu kereta api pun dah biasa dah kan.