Gara-gara terpengaruh dengan kawan, lelaki akhirnya menyesal lepaskan kerja bergaji tinggi untuk jadi ejen insurans
Sering kali kita terdengar kerjaya sebagai seorang ejen insurans boleh memberi kemewahan dan “gaji bulanan” yang lumayan.
Namun ia bergantung kepada kesanggupan seseorang itu. Bukan mudah untuk mengecap bintang di langit. Ramai juga yang tersungkur di pertengahan jalan.
Mungkin terjebak dengan janji manis sebagai ejen insurans, seorang individu berkongsi kekesalannya menjadi salah seorang daripada mereka
Menerusi luahan dikongsi di X, individu tersebut akui menyesal melepaskan kerja lamanya yang bergaji tinggi semata-mata mahu menjadi ejen insurans.
Individu yang tidak didedahkan identiti itu mendakwa, dia terpengaruh dengan rakannya yang bekerja dalam bidang itu dan akhirnya, dibuang selepas bertahan selama dua tahun.
Dia juga buntu untuk membayar komitmennya ketika ini.
“Dulu aku kerja okay, gaji tinggi, persekitaran tempat kerja cun. Sekali aku terpengarug dengan member aku jadi ejen insurans.
“Sudahnya, bertahan dua tahun terus kena terminate. Aku minta kerja dekat tempat lama tak dapat-dapat.
“Jenuh tutup lubang korek lubang nak bayar komitmen,” katanya.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen simpati selain ada yang mengingatkan orang ramai – jika mahu bekerja dalam bidang pemasaran, mereka perlu berhati kental kerana apa yang dikejar bukan selalunya mudah.