Gara-gara terperangkap dalam lif pejabat, lelaki dipotong gaji kerana masuk kerja lambat

Gara-gara terperangkap dalam lif pejabat, lelaki dipotong gaji kerana masuk kerja lambat

 

Adakalanya sesuatu perkara yang berlaku adalah di luar jangkaan dan bukan disengajakan.

Sebagai contoh sebagai pekerja sudah tentunya kita sentiasa ingin awal setiap kali ke tempat kerja, namun adakalanya kejadian tak dijangka boleh menyebabkan perjalanan ke tempat kerja menjadi tergendala.

Syarikat mahu tolak gaji kerana lelaki lewat masuk kerja selepas tersekat dalam lif di pejabat

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang lelaki di India ini apabila tersekat di dalam lif di syarikatnya sehingga menyebabkan dia lambat untuk mendaftar masuk kerja (Punch-in) pada hari itu.

Namun apa yang mengejutkan lelaki ini apabila majikannya menyenaraikannya sebagai tidak hadir disebabkan kelewatan itu dan memilih untuk mengurangkan gajinya, lapor NDTV.

Luahannya di Reddit kemudian telah mendapat perhatian dari orang ramai di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan.

Terperangkap selama 3 jam dalam lif

Lelaki itu turut berkongsi pengalaman semasa terperangkap di dalam lif pejabatnya selama tiga jam pada pagi berkenaan selain memberitahu ia seringa mempunyai masalah.

“Jadi semalam (24 September), saya telah berada di dalam lif namun tiba-tiba ia berhenti berfungsi dan bekalan elektrik turut terputus.

“Saya kemudian tidak dapat menghubungi pihak teknikal untuk menyelenggara lif di pejabat tersebut. Saya lalu cuba menghubungi pihak tersebut menggunakan telefon bimbit beberapa kali.

“Namun saya hanya dapat memaklumkan kepada Jabatan Sumber Manusia (HR) mengenai situasi dan mereka kemudian menghantar seorang lelaki untuk menyelenggara lif berkenaan. Selepas tiga jam mereka kemudian berjaya mengeluarkan saya dari lif tersebut,” ujarnya.

Didakwa akan ditanda sebagai tidak hadir namun perlu melakukan kerja kerana tidak mempunyai kakitangan yang cukup

Namun ketika saya masuk ke pejabat, pihak HR memaklumkan saya lewat dan akan ditanda sebagai tidak hadir manakala gaji pula perlu ditolak.

“Saya memberitahu jika mereka menanda saya tidak hadir, saya akan pulang ke rumah. Namun penolong pengurus memaklumkan mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup.

“Jadi saya menyatakan ia bukan salah saya. Jika awak benarkan saya daftar masuk pada waktu yang betul maka saya akan bekerja, jika tidak saya akan mengambil cuti.

“Mereka kemudian mula untuk mengugut mengenai etika kerja saya seperti bagaimana saya membuat alasan, tidak berusaha dan kurang motivasi,” ujarnya lagi.

Mahu buat aduan ke pihak atasan

Lelaki itu bagaimanapun memaklumkan dia telah merakam mengenai kejadian lif tersebut serta mendokumentasikan perbualannya bersama HR dan penolong pengurus.

Ini kerana, dia berpendapat isu itu perlu dilaporkan kepada pihak atasan.

Sejak perkara itu dikongsikan, muat naik itu telah mendapat sekitar 500 undian dan komen yang ditinggalkan pengguna.

Ada yang berpendapat mereka tidak akan bekerja sekiranya dianggap tidak hadir sebaliknya perlu memberi pampasan jika lelaki itu berada dalam kesulitan.

Tidak kurang juga ada yang berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

“Kasihan awak, saya harap perkara ini dapat diselesaikan”

“Seperti tempat kerja yang toksik. Sila cari perkerjaan lain jika boleh. Ingat korporat bukan rakan anda”

“Cara untuk seseorang kehilangan kerja”