Gelagat menteri KESUMA jadi ‘penyambut tetamu’ di kaunter undang pujian netizen
Meskipun sedang bergelar menteri di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), namun posisi itu tidak menghalang Steven Sim Chee Keong untuk ‘mencuba’ jawatan baharu.
Gelagat beliau yang bersahaja menjadi penyambut tetamu di kaunter KESUMA, baru-baru ini nampaknya mengundang pujian warga maya.
”Selamat datang ke KESUMA.. Apa khabar?,” sapa beliau kepada beberapa individu seterusnya menghulurkan tangan untuk bersalam.
Kemudian Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam meluang masa beramah mesra dengan kakitangan daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Pegawai Khidmat Pelanggan yang sedang bertugas di kaunter kementerian berkenaan.
Melihat di ruangan komen TikTok Steven, telatah anak kelahiran Bukit Mertajam itu bersama kakitangan kementeriannya sememangnya disenangi warga maya.
@stevensimck POV: Jadi Penyambut Tetamu KESUMA #perpaduan #malaysiamadani #BerdiriBersamaPekerja #kesuma #kementeriansumbermanusia #stevensim #fypシ #jalanteruih #fypviral #parlimen #pmx #dewanrakyat #kesuma #foryou #fyp
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Ada warga maya yang berpendapat beliau merupakan seorang menteri yang dekat dengan pekerja.
”Antara menteri yang dekat dengan pekerja dan pengundi di kawasan beliau.. tanpa mengira kaum dan agama, ramai yang menjadi anak angkat beliau.. memang bagus YB,” kata seorang netizen dikenali sebagai ME.
”Best eh, mana-mana boleh pergi tengok pekerja.. tak jatuh pun martabat seorang menteri.. malah lagi dihormati orang.. tahniah YB, teruskan berkhidmat..
”Besar hati member tu menteri jumpa orang bawahan.. asyik ketawa je dia,” kata Hisham merujuk kepada dua orang kakitangan yang sedang bertugas.
Malah seorang warga maya turut terhibur dengan tindakan Steven dan melabel ahli politik itu sebagai staff baharu.